dah berapa tahun sambutan syawal bagi tiada makna apa-apa. cuma emak dan adik beradik yang datang bergilir-gilir. dan sekian kalinya syawal membawa kesedihan dalam diri aku. dahlah tak dapat bertemu dengan orang yang aku sayangi dan dipertengahan syawal aku ditinggalnya. sekali lagi aku ditinggalkan. mungkinkah syawal yang akan datang membawa sinar dalam hidupku yang kian kelam ini? bulan kemaafan... tapi aku tak dimaafkan tapi tak apalah sedikit kemaafan kepada dia atas perkara tertentu. tapi aku tak dapt untuk memaafkan seperkara, kesempatan yang dia ambil terhadap aku yang mana merendahkan maruah aku juga. walaupun suka sama suka tapi dia tidak sepatutnya mengambil kesempatan itu sebaliknya dia boleh menghalangnya dari berlaku kerana dia masih belum menentukan kedudukan aku disisinya tapi nafsu mengatasi segalanya.
kenapa bila suka, aku dihampiri dibelai seolah-olah memberikan harapan kepada aku. dan akhirnya bila ada peluang untuk mendapatkan yang lebih elok dari aku, dia buang aku macam tu je. macam baju boleh ditukar ganti bila-bila mana atau umpama tisu lepas dipakai dan kemudian dibuang dalam tong sampah. tak apalah dia buat aku macam ni. entah siapa lagi yang akan kena macam aku?
No comments:
Post a Comment