susahnya bila sudah terlalu sayang. walaupun terluka yang amat dalam tapi hati ini masih mampu untuk sayangi dia. aku pun tak mengerti. puas aku cuba untuk melupakannya. semakin aku cuba semakin kuat ingatan aku padanya. jiwa aku sedang sakit. tapi dia bersenang lenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. sangat mudahnya dia melupakan segalanya. aku terlalu sedih. ini lelaki yang paling kejam dalam hidup aku yang pernah aku kenali. aku tak pernah rasa terluka seperti ini. terlalu dalam. kenapa dia sanggup buat aku begini. bukankah lebih baik dia tikam aku terus dengan belati atau apa saja daripada buat aku begini. setiap hari aku terpaksa menahan sebak dalam dada ini tatkal teringat kat dia. kenapa aku alami semua ini. alangkah bagusnya kalau aku tidak dipertemukan dengan dia jika aku tahu jadi begini. aku malu dengan kawan-kawan aku, aku malu dengan masyarakat di tempat tinggal aku, dan yang paling utama aku takut emak yang mendapat malu kalau menjadi buah mulut orang. kenapa dia sanggup malukan aku sampai macam tu sekali. mana aku nak letak muka aku ni. aku dah macam orang bodoh. mungkin sebab tu dia tak mahu declare hubungan dengan aku sebab dia nak malukan aku. kononnya aku yang terhegeh-hegeh kat dia. kalau dia tak suka kat kenapa tak cakap dari mula lagi. janganlah buat aku ni macam barang mainan. aku manusia yang punya hati dan perasaan sama juga seperti dia. ada masa ingin perhatian, ada masa rasa cemburu, ada masa rasa marah... semua ada dalam setiap manusia tak kan itu pun dia tak boleh nak faham. adatlah bila dah ada pasangan memang rasa terkongkong dan sentiasa diawasi. itulah namanya sayang walaupun kadangkala rasa rimas. suasana itulah yang akan sentiasa dirasai bila sudah berumah tangga. baru rasa sikit dah bosan.... memang itulah ego lelaki yang selalu pentingkan diri sendiri tak pernah fikirkan orang yang menyayanginya.... aku terlalu sedih dengan keadaan ini... sebelum ini aku pernah berdendam dengan sesiapa pun... tapi kali ini mungkin aku akan kecualikan... kerana cara dia menyakitkan hati aku terlalu kejam bagiku... melibatkan maruah aku... ye maruah aku...
No comments:
Post a Comment