aku tak tahu apa kesalahan aku yang sebenar-benarnya terhadap dia. kalau setakat salah faham pasal peraturan dalam hidupnya bukannya tak boleh diperbetulkan. jika nak dibandingkan apa yang dia lakukan terhadap aku, dosa-dosa yang kami lakukan walaupun belum terlanjur tetapi tetap berdosa. aku teramat sedih atas apa yang berlaku. amat jelas sikapnya yang terlalu mementingkan diri. dia tak fikir langsung tentang perasaan aku. aku akui memang aku ada buat salah, memang kata-kata aku padanya kasar, tetapi itu semua cuma luahan hatiaku ketika sedang marah. aku marah sebab dia tidak bertanggungjawab ke atas apa yang telah dia lakukan kepada aku. mana-mana perempuan pun pasti akan sedih dan kecewa jika dibuat begitu. aku tak pernah rasa amat sedih dan terlalu tertekan macam ni. sewaktu berpisah dengan bekas suami aku dulu pun aku tak tertekan macam ni. aku sedar... aku sedar yang aku ni janda mungkin hanya sesuai baginya untuk dipermainkan. belum pun kesedihan yang lalu hilang dan dengan masalah yang aku hadapi, dia pula buat aku macam ni. aku minta tak banyak pun cuma kasih sayang dan sedikit perhatian darinya kerana aku perlukan perhatian dari seseorang yang aku sayangi walaupun sedikit. kenapa sebelum ni disaat aku mahu melupakan dia... dia datang mendekati aku dan membelai aku dengan kasih sayang dan memanjakan aku... kenapa... kenapa... dan kenapa... dia buat begitu jika akhirnya ini yang dia balas pada aku. aku sanggup buat apa yang dia suruh. tapi ini yang dia balas. dia mengajar aku membuat dosa bukan membimbing aku. memang nampak jelas sejak akhir-akhir ini dia berubah... berubah sangat.... tak seperti masa mula-mula aku kenal dia. dulu dia rajin membalas mesej-mesej aku tak kira dalam facebook ataupun sms. tapi akhir-akhir ini juga langsung dia tak membalasnya... akukah yang bersalah? salahkah aku nak tahu apa yang dia buat? salahkah jika aku mahukan sedikt perhatian dari dia? susah sangatkah dia dia nak buat begitu. bagi dia aku ini tak penting selain dari kerjaya dan kawan-kawan dia. orang yang amat menyayangi dia tak penting dalam hidupnya. sampai hati dia buat aku macam ni. dia langsung tak beri peluang untuk aku memperbetulkan kesalahan aku dan apa yang dia buat semuanya betul. apalah salahnya dia merendahkan diri dia dan menerima kau seadanya... semua manusia tak lari dari buat salah termasuk aku juga tapi setiap kesalahan boleh diperbaiki. dan kini aku sentiasa ditemani air mata mengenangkan nasib diriku yang sentiasa menjadi mangsa lelaki... aku tak dapat nak lupakan dia kerana aku amat menyayangi dia aku sanggup memaafkan dia jika dia sanggup kembali pada aku, tapi mungkin tak akan berlaku... semoga Allah sbt memberi jalan untuk aku mengecapi kebahagiaan... aku sanggup menunggu...
No comments:
Post a Comment