apa yang aku boleh buat lagi. sekian kalinya hati ini hancur berkecai kerana dikecewakan. kesalahan aku tak seberapa, cuma mengongkong dan mengganggu populariti dia. dia tak mahu orang tahu yang dia sedang berpacaran. salahkah aku jika ada perasaa cemburu bila dia dihampiri perempuan lain, salahkah aku jika terlalu mengambil berat tentang pergerakan dan aktiviti dia? salahkah aku jika selalu bertanya apa saja tentang dia? besar sangat ke kesalahan aku ini sampai dia buat aku macam ni? tak sedarkah dia, tuah yang dia dapat setelah mendampingi aku? dia langsung tak kesian kat aku, tak pernah tanya aku apa-apa jika tidak aku yang mulakan dulu. dia tak pernah jawab setiap pertanyaan yang serius dari aku. tentang kedudukan aku di sisinya. aku menanti dan menanti tapi hampa. kalau dia tak mahu aku lagi kenapa dia tak terus cakap dari awal agar luka aku tidak dalam. tapi sebenarnya dia terlambat berbuat begitu. kenapa disaat cinta aku terhadap dia semakin mendalam, kesulitan ini timbul. aku terlalu sedih... terlalu sedih... tiada apa yang dapat menggembirakan aku lagi selain dari cintanya terhadap aku. aku tak mahu apa-apa, bukan harta atau benda, yang aku mahu hanya cintanya... kebahagiaan bersamanya yang kini amat sukar aku miliki... dan mungkin tiada harapan lagi... adakah begitu?
No comments:
Post a Comment