"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya, agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.... Ameen Ya Robb...
Tuesday, September 20, 2011
Friday, September 16, 2011
syawal yang tragis...
dah berapa tahun sambutan syawal bagi tiada makna apa-apa. cuma emak dan adik beradik yang datang bergilir-gilir. dan sekian kalinya syawal membawa kesedihan dalam diri aku. dahlah tak dapat bertemu dengan orang yang aku sayangi dan dipertengahan syawal aku ditinggalnya. sekali lagi aku ditinggalkan. mungkinkah syawal yang akan datang membawa sinar dalam hidupku yang kian kelam ini? bulan kemaafan... tapi aku tak dimaafkan tapi tak apalah sedikit kemaafan kepada dia atas perkara tertentu. tapi aku tak dapt untuk memaafkan seperkara, kesempatan yang dia ambil terhadap aku yang mana merendahkan maruah aku juga. walaupun suka sama suka tapi dia tidak sepatutnya mengambil kesempatan itu sebaliknya dia boleh menghalangnya dari berlaku kerana dia masih belum menentukan kedudukan aku disisinya tapi nafsu mengatasi segalanya.
kenapa bila suka, aku dihampiri dibelai seolah-olah memberikan harapan kepada aku. dan akhirnya bila ada peluang untuk mendapatkan yang lebih elok dari aku, dia buang aku macam tu je. macam baju boleh ditukar ganti bila-bila mana atau umpama tisu lepas dipakai dan kemudian dibuang dalam tong sampah. tak apalah dia buat aku macam ni. entah siapa lagi yang akan kena macam aku?
akhirnya aku disingkirkan..
aku tak tahu apa kesalahan aku yang sebenar-benarnya terhadap dia. kalau setakat salah faham pasal peraturan dalam hidupnya bukannya tak boleh diperbetulkan. jika nak dibandingkan apa yang dia lakukan terhadap aku, dosa-dosa yang kami lakukan walaupun belum terlanjur tetapi tetap berdosa. aku teramat sedih atas apa yang berlaku. amat jelas sikapnya yang terlalu mementingkan diri. dia tak fikir langsung tentang perasaan aku. aku akui memang aku ada buat salah, memang kata-kata aku padanya kasar, tetapi itu semua cuma luahan hatiaku ketika sedang marah. aku marah sebab dia tidak bertanggungjawab ke atas apa yang telah dia lakukan kepada aku. mana-mana perempuan pun pasti akan sedih dan kecewa jika dibuat begitu. aku tak pernah rasa amat sedih dan terlalu tertekan macam ni. sewaktu berpisah dengan bekas suami aku dulu pun aku tak tertekan macam ni. aku sedar... aku sedar yang aku ni janda mungkin hanya sesuai baginya untuk dipermainkan. belum pun kesedihan yang lalu hilang dan dengan masalah yang aku hadapi, dia pula buat aku macam ni. aku minta tak banyak pun cuma kasih sayang dan sedikit perhatian darinya kerana aku perlukan perhatian dari seseorang yang aku sayangi walaupun sedikit. kenapa sebelum ni disaat aku mahu melupakan dia... dia datang mendekati aku dan membelai aku dengan kasih sayang dan memanjakan aku... kenapa... kenapa... dan kenapa... dia buat begitu jika akhirnya ini yang dia balas pada aku. aku sanggup buat apa yang dia suruh. tapi ini yang dia balas. dia mengajar aku membuat dosa bukan membimbing aku. memang nampak jelas sejak akhir-akhir ini dia berubah... berubah sangat.... tak seperti masa mula-mula aku kenal dia. dulu dia rajin membalas mesej-mesej aku tak kira dalam facebook ataupun sms. tapi akhir-akhir ini juga langsung dia tak membalasnya... akukah yang bersalah? salahkah aku nak tahu apa yang dia buat? salahkah jika aku mahukan sedikt perhatian dari dia? susah sangatkah dia dia nak buat begitu. bagi dia aku ini tak penting selain dari kerjaya dan kawan-kawan dia. orang yang amat menyayangi dia tak penting dalam hidupnya. sampai hati dia buat aku macam ni. dia langsung tak beri peluang untuk aku memperbetulkan kesalahan aku dan apa yang dia buat semuanya betul. apalah salahnya dia merendahkan diri dia dan menerima kau seadanya... semua manusia tak lari dari buat salah termasuk aku juga tapi setiap kesalahan boleh diperbaiki. dan kini aku sentiasa ditemani air mata mengenangkan nasib diriku yang sentiasa menjadi mangsa lelaki... aku tak dapat nak lupakan dia kerana aku amat menyayangi dia aku sanggup memaafkan dia jika dia sanggup kembali pada aku, tapi mungkin tak akan berlaku... semoga Allah sbt memberi jalan untuk aku mengecapi kebahagiaan... aku sanggup menunggu...
Wednesday, September 14, 2011
hancurnya hati ini...
apa yang aku boleh buat lagi. sekian kalinya hati ini hancur berkecai kerana dikecewakan. kesalahan aku tak seberapa, cuma mengongkong dan mengganggu populariti dia. dia tak mahu orang tahu yang dia sedang berpacaran. salahkah aku jika ada perasaa cemburu bila dia dihampiri perempuan lain, salahkah aku jika terlalu mengambil berat tentang pergerakan dan aktiviti dia? salahkah aku jika selalu bertanya apa saja tentang dia? besar sangat ke kesalahan aku ini sampai dia buat aku macam ni? tak sedarkah dia, tuah yang dia dapat setelah mendampingi aku? dia langsung tak kesian kat aku, tak pernah tanya aku apa-apa jika tidak aku yang mulakan dulu. dia tak pernah jawab setiap pertanyaan yang serius dari aku. tentang kedudukan aku di sisinya. aku menanti dan menanti tapi hampa. kalau dia tak mahu aku lagi kenapa dia tak terus cakap dari awal agar luka aku tidak dalam. tapi sebenarnya dia terlambat berbuat begitu. kenapa disaat cinta aku terhadap dia semakin mendalam, kesulitan ini timbul. aku terlalu sedih... terlalu sedih... tiada apa yang dapat menggembirakan aku lagi selain dari cintanya terhadap aku. aku tak mahu apa-apa, bukan harta atau benda, yang aku mahu hanya cintanya... kebahagiaan bersamanya yang kini amat sukar aku miliki... dan mungkin tiada harapan lagi... adakah begitu?
Monday, September 5, 2011
Jika Ia Sebuah Cinta
Jika ia sebuah cinta , ia tidak mendengar , tetapi ia sentiasa bergetar .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak buta namun ia sentiasa melihat dan merasa .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak cantik namun sentiasa menarik .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa dihampiri oleh hati .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak berjanji namun sentiasa cuba memenangi .
Jika ia sebuah cinta , ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan perkataan namun hadir dengan ketentetuan .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir dengan kerana pengorbanan dan kesetiaan .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak buta namun ia sentiasa melihat dan merasa .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak cantik namun sentiasa menarik .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa dihampiri oleh hati .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak berjanji namun sentiasa cuba memenangi .
Jika ia sebuah cinta , ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan perkataan namun hadir dengan ketentetuan .
Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir dengan kerana pengorbanan dan kesetiaan .
Sunday, September 4, 2011
bukan mudah...
ye... bukan mudah untuk melupakan atau melepaskan sesuatu yang kita sayang sangat-sangat. kadang-kadang kerana terlalu sayang tanpa sedar kita akan buat banyak kesilapan. tapi bukannya kesilapan itu tak boleh diperbaiki. setakat salah faham apalah sangat. ye... aku mengaku bila aku marah sangat, macam-macam kata aku keluarkan tapi hati aku tak begitu. kalau orang layan aku dengan baik aku akan buat yang sama juga. tapi kalau orang sakiti aku takan aku nak diam diri. pada aku lebih berbincang dan berterus terang. aku tak suka kalau apa jua pertanyaan tak dijawab. sebab bagi aku macam tu tak jujur dan ikhlas. tanda-tanda orang tak bertanggungjawab. aku sedih bila berhadapan dengan orang yang langsung tak ada hati perut. nampak macam orang baik-baik, tapi sebenarnya tidak. dia tipu keluarga dia, dia tipu kawan-kawan dia, dia hipokrit sebenarnya. nak jadi popular sebagai blogger lepas tu dikeliling dengan ramai perempuan tapi dalam masa yang sama ambil kesempatan (selagi dia tak jawab semua persoalan, selagi tu aku akan kata dia macam tu)... sakit sangat-sangat hati aku, perasaan aku, jiwa aku... ada dia kesah? orang yang tak bertanggungjawab memang macam tu lah... dah buat salah terus senyap...
apa pun aku tetap tunggu penjelasan dia... aku boleh keluar dari hidup dia jika dia cakap dengan mulut dia sendiri yang dia memang sengaja nak permainkan aku dan memang tak pernah sayang pun kat aku... susah sangat ke nak buat pengakuan tu... dah jalinkan hubungan nak secara rahsia tak nak keluarga dan kawan-kawan dia tahu... apa ingat aku ni kaki skandal ke... aku betul-betul sayang dan cintakan dia, aku sanggup ikut apa yang dia nak aku buat... aku ubah diri aku pun untuk dia... tapi dia...............................................................................................................
masih belum dapat aku lakukannya...
susahnya bila sudah terlalu sayang. walaupun terluka yang amat dalam tapi hati ini masih mampu untuk sayangi dia. aku pun tak mengerti. puas aku cuba untuk melupakannya. semakin aku cuba semakin kuat ingatan aku padanya. jiwa aku sedang sakit. tapi dia bersenang lenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. sangat mudahnya dia melupakan segalanya. aku terlalu sedih. ini lelaki yang paling kejam dalam hidup aku yang pernah aku kenali. aku tak pernah rasa terluka seperti ini. terlalu dalam. kenapa dia sanggup buat aku begini. bukankah lebih baik dia tikam aku terus dengan belati atau apa saja daripada buat aku begini. setiap hari aku terpaksa menahan sebak dalam dada ini tatkal teringat kat dia. kenapa aku alami semua ini. alangkah bagusnya kalau aku tidak dipertemukan dengan dia jika aku tahu jadi begini. aku malu dengan kawan-kawan aku, aku malu dengan masyarakat di tempat tinggal aku, dan yang paling utama aku takut emak yang mendapat malu kalau menjadi buah mulut orang. kenapa dia sanggup malukan aku sampai macam tu sekali. mana aku nak letak muka aku ni. aku dah macam orang bodoh. mungkin sebab tu dia tak mahu declare hubungan dengan aku sebab dia nak malukan aku. kononnya aku yang terhegeh-hegeh kat dia. kalau dia tak suka kat kenapa tak cakap dari mula lagi. janganlah buat aku ni macam barang mainan. aku manusia yang punya hati dan perasaan sama juga seperti dia. ada masa ingin perhatian, ada masa rasa cemburu, ada masa rasa marah... semua ada dalam setiap manusia tak kan itu pun dia tak boleh nak faham. adatlah bila dah ada pasangan memang rasa terkongkong dan sentiasa diawasi. itulah namanya sayang walaupun kadangkala rasa rimas. suasana itulah yang akan sentiasa dirasai bila sudah berumah tangga. baru rasa sikit dah bosan.... memang itulah ego lelaki yang selalu pentingkan diri sendiri tak pernah fikirkan orang yang menyayanginya.... aku terlalu sedih dengan keadaan ini... sebelum ini aku pernah berdendam dengan sesiapa pun... tapi kali ini mungkin aku akan kecualikan... kerana cara dia menyakitkan hati aku terlalu kejam bagiku... melibatkan maruah aku... ye maruah aku...
Thursday, September 1, 2011
mengapa...
seronok ke dia buat buat aku macam ni? bila suka dia cari aku, peluk aku, belai aku, kiss aku... bila ada selisih faham sikit semua nampak aku je yang salah. lepas tu bila bosan aku dibiarkan sepi macam tu saja. kenapa dia terlalu pentingkan diri dia saja. bagi dia aku ni macam tak ada apa-apa. samapinya hati dia buat aku begitu. kenapa lelaki ini bersifat menghancurkan hati dan perasaan perempuan. apakah dia tak pernah rasa sakit bila hatinya terluka?
dialah lelaki pertama yang terlalu menyakitkan, terlalu mengguris perasaan aku. lelaki pertama yang terlalu mementingkan diri sendiri yang pernah aku kenal.
ya Allah ya Tuhanku, kau berilah lelaki ini merasai kesakitan yang aku rasai sekarang ini, semoga dia tahu apa yang aku rasa. :'(
Subscribe to:
Posts (Atom)