Monday, June 27, 2011

tiba-tiba aku rasa sedih lagi...

tak tahu lah nak cakap macam mana. tiba-tiba je aku rasa sedih. aku memikirkan situasi antara aku dan dia. aku memikirkan apakah nama hubungan aku dan dia.. aku ini sebagai siapa di sisi dia? adakah aku harus teruskannya? selagi tidak disahkan, selagi itu aku dalam dilema. lebih lagi ada pesaing yang cukup mambuat aku takut akan kehilangan dia. kenapa harus aku alami keadaan ini. hubungan antara aku dan dia tidak tahu sampai ke mana. hanya dia saja yang boleh berikan jawapan itu.

nak jaga hati semua orang katanya, tetapi tetap ada hati yang terluka kerana dia. kadang aku tak faham lelaki nih... susah sangat ke nak buat keputusan siapa yang dia lebih sayang... suka sangat berada dikedudukan yang susahkan diri sendiri. kalau dia declare siapa yang dia sayang dah pasti tiada yang pertikaikan lagi atau pun mengharap...

mungkin aku hanya layak untuk dilukai... dan selalu ditemani air mata...


No comments: