aku mahukan teruskan juga walaupun ada rintangan dan halangan. kalau tak cuba macam mana nak tahukan. semakin hari sayang aku pada dia semakin bertambah. tidak pula aku tahu dia macam mana. kerana setiap apa yang aku tanya yang berkaitan tidak pernah aku dapat jawapan yang tepat. tak apa lah. walaupun mungkin cuma menjaga hati aku tapi pasti suatu hari nanti akan terbit juga kasih sayang dia pada aku. aku akan tunggu. walaupun nanti dia jadi milik orang aku akan tunggu jugak. tiada alasan untuk aku memilikinya jika dia sudah jadi milik orang sekalipun. aku sanggup buat apa saja. aku tak mahu jadi orang yang asyik nak beralah saja. aku juga nak menang. walaupun pahit, perit, sakit, dihina, dikeji dan sebagainya, aku kena hadapi juga.
kerana... aku amat menyayanginya...
No comments:
Post a Comment