aku tak nafikan aku masih sayang padanya. tapi malangnya aku tak boleh mengharapkan apa-apa darinya. kenapa situasi begini yang aku hadapi. aku terlalu rindu sebenarnya tapi aku tak tahu dengan cara bagaimana untuk aku melepaskan rindu ini. kadang-kadang aku keliru dengan diri sendiri. apa agaknya yang ada di dalam hatinya? adakah ruang untuk aku di dalam hatinya itu? apakah hubungan ini akan tergantung begitu saja? aku takut akan terlepas lagi. sepertimana yang dulu, hanya kerana tidak berterus terang tentang hati. aku tahu... aku mungkin tidak layak untuk siapa-siapa dan kerana itu aku sering dipermainkan. seronokkah mempermainkan hati dan perasaan orang? aku kerap merasa kesakitan dalam hati ini. tiada siapa yang sudi untuk mengubati kesakitan ini. walaubagaimanapun sayang dan kasih aku semakin bertambah untuknya walaupun aku masih tidak memilikinya.
No comments:
Post a Comment