Thursday, June 30, 2011

tak suka... tak suka... tak suka...

aku tak suka 'orang tu' panggil dia 'bebeh'. sakit hati aku tengok. dia cayang aku. aku jadi benci dengan 'orang tu'. sebab tu semua wall 'orang tu' aku 'hide' kan.

'orang tu' leh cari yang lain sebab 'orang tu' banyak pilihan. tak yah la nak amik aku punya. mende ni la yang buat aku selalu sedih. aku tak mahu kehilangan dia. aku mahu dia beri perhatian pada aku je. tak yah la dia nak jaga banyak hati. jaga hati aku pun dah cukup. mana boleh dalam satu masa nak couple dengan 2 orang. :'(

aku happy sangat-sangat kalau bersama dia. aku sayang sangat-sangat kat dia. kenapa ada yang nak amik dari aku. sedih tul rasa. :'(

i'm maybe not pretty but i have a heart.....

Wednesday, June 29, 2011

aku mahu teruskan...

aku mahukan teruskan juga walaupun ada rintangan dan halangan. kalau tak cuba macam mana nak tahukan. semakin hari sayang aku pada dia semakin bertambah. tidak pula aku tahu dia macam mana. kerana setiap apa yang aku tanya yang berkaitan tidak pernah aku dapat jawapan yang tepat. tak apa lah. walaupun mungkin cuma menjaga hati aku tapi pasti suatu hari nanti akan terbit juga kasih sayang dia pada aku. aku akan tunggu. walaupun nanti dia jadi milik orang aku akan tunggu jugak. tiada alasan untuk aku memilikinya jika dia sudah jadi milik orang sekalipun. aku sanggup buat apa saja. aku tak mahu jadi orang yang asyik nak beralah saja. aku juga nak menang. walaupun pahit, perit, sakit, dihina, dikeji dan sebagainya, aku kena hadapi juga.

kerana... aku amat menyayanginya...





Monday, June 27, 2011

tiba-tiba aku rasa sedih lagi...

tak tahu lah nak cakap macam mana. tiba-tiba je aku rasa sedih. aku memikirkan situasi antara aku dan dia. aku memikirkan apakah nama hubungan aku dan dia.. aku ini sebagai siapa di sisi dia? adakah aku harus teruskannya? selagi tidak disahkan, selagi itu aku dalam dilema. lebih lagi ada pesaing yang cukup mambuat aku takut akan kehilangan dia. kenapa harus aku alami keadaan ini. hubungan antara aku dan dia tidak tahu sampai ke mana. hanya dia saja yang boleh berikan jawapan itu.

nak jaga hati semua orang katanya, tetapi tetap ada hati yang terluka kerana dia. kadang aku tak faham lelaki nih... susah sangat ke nak buat keputusan siapa yang dia lebih sayang... suka sangat berada dikedudukan yang susahkan diri sendiri. kalau dia declare siapa yang dia sayang dah pasti tiada yang pertikaikan lagi atau pun mengharap...

mungkin aku hanya layak untuk dilukai... dan selalu ditemani air mata...


susah ke...?

susah sangat ke nak ucap ' rindunya kat awak', susah sangat ke nak cakap sayang atau panggil sayang??? hmmm... kenapa nak menafikan kalau perasaan itu ada. memang akan ada rasa cemburu kalau ada orang lain panggil dia dengan panggilan manja dan semua nampak. sedangkan aku terpaksa menyembunyikannya. kalau boleh aku nak bagi tahu satu dunia yang aku sangat sayang padanya dan hubungan yang sangat rapat dengannya. boleh ke? memendam rasa juga... terlalu lama untuk buat keputusan memang akan menyebabkan luka yang terlalu dalam... makan masa juga nak baik... kerana suatu ketika dahulu aku pernah alaminya...

Sunday, June 19, 2011

aku rindu sayang kamu...

kejap je aku dah rasa rindu. tapi bukan boleh nak jumpa selalu. masing-masing ada hal sendiri.

that moments are so sweet, i miss it already at all times.

walaugaimana pun......... entahlah tak tahu aku nak jelaskannya.
apa pun yang aku tetap sayang padanya walaupun terpaksa menangis kerana dia.

Thursday, June 16, 2011

aku rasa sedih...

dengan tak semena-mena aku jadi sedih bila menatap gambarnya. ntahlah... aku rasa nak menangis je. mungkin aku terlalu sayang padanya dan dia belum lagi menjadi milik aku. andainya dia tahu bagaimana perasaan aku padanya... berpeluangkah untukku merebut hatinya? ingin sekali aku bertanya, tetapi aku simpan sahaja hasrat aku itu. kerana aku andaikan dia tidak ada apa-apa perasaan pun terhadapku. benarkah? entahlah...

masih ada sayang untukmu...

aku tak nafikan aku masih sayang padanya. tapi malangnya aku tak boleh mengharapkan apa-apa darinya. kenapa situasi begini yang aku hadapi. aku terlalu rindu sebenarnya tapi aku tak tahu dengan cara bagaimana untuk aku melepaskan rindu ini. kadang-kadang aku keliru dengan diri sendiri. apa agaknya yang ada di dalam hatinya? adakah ruang untuk aku di dalam hatinya itu? apakah hubungan ini akan tergantung begitu saja? aku takut akan terlepas lagi. sepertimana yang dulu, hanya kerana tidak berterus terang tentang hati. aku tahu... aku mungkin tidak layak untuk siapa-siapa dan kerana itu aku sering dipermainkan. seronokkah mempermainkan hati dan perasaan orang? aku kerap merasa kesakitan dalam hati ini. tiada siapa yang sudi untuk mengubati kesakitan ini. walaubagaimanapun sayang dan kasih aku semakin bertambah untuknya walaupun aku masih tidak memilikinya.

Tuesday, June 7, 2011

apa aku nak buat ek?

hmmmm... camne aku nak citer nih. susah gak menghadapinya. kenapa la apa yang aku harapkan semuanya tak berapa nak menjadi? bila aku nak buat sesuatu yang baik, ada saja halangannya. sesuatu yang buruk tu semuanya senang kalau nak buat. entahlah... kadang-kadang aku tak faham dengan ego lelaki ni. kalau kehendak dia orang kita saja yang nak kena ikut, tu pun cakap yang dia orang ikut kehendak kita saja walhal satu pun tak disuruh ikut. leceh tul la macam ni. susah nye nak dapat yang normal, yang biasa-biasa nye perangai.

aku selalu cuba untuk memahami seseorang... tapi... entahlah... tiada yang cuba untuk memahami aku...

Thursday, June 2, 2011

kenapa dia begitu?

selambanya dia menunjuk-nunjuk kununnya rapat sangat dengan orang tu. mudahnya dia lupa pada sesuatu yang pernah membuat dia tersenyum dan happy. macam tu la, bila dah dapat gading yang bertuah, tanduk yang tak seberapa dia lupakan. memang sampai hatikan. banyak melukakan hati orang tapi tak pernah nak merawat orang dia lukakan. malah lebih menyakitkan orang yang dia dah lukakan. tak terfikir ke dia suatu hari nanti dia akan lebih terluka lagi bila orang yang dia dah sayang, beralih kasih pada orang lain pulak. masa tu la agaknya baru nak ingat pada yang pernah dia lukakan. lau belum terlambat tak apa lah lagi. tapi kalau dah terlambat dia gak yang rugi. dan satu lagi orang tu pulak dah tahu kita sayang dia ni, nak jugak rebut dari kita. tak patut betul. kita yang penat mengayat orang tu lak yang amik. tak adil memang tak adil. jaki. huh!