Friday, March 25, 2011

siapa yang nak pujuk?

memang aku terasa sangat-sangat. hinggakan hilang mood aku nak buat keje. siapalah aku disisinya, mungkin dia ada pilihan lain, tapi kenapa dia seolah-olah menerima kehadiranku seandainya hatinya tidak. jangan kerana hanya kesiankan dengan keadaanku, atau kerana hanya aku yang menyapa hatinya sedangkan hatinya bukan untuk aku. hatiku merajuk dengan keadaan ini. aku tak tahu apa perlu aku lakukan. siapa yang nak pujuk. mungkin tiada siapa yang nak ambil tahu tentang aku ini. mungkin aku cuma layak bersendiri.

wahai dirimu mengapa buat diriku begini, mengapa dirimu membiarkan diriku sepi, mengapa dirimu tak mempedulikan diriku, diriku sangat merinduimu...

No comments: