aku masih menantikan suatu jawapan yang pasti wahai dirimu. kerana aku kurang yakin terhadap penerimaanmu terhadap diriku ini. dan aku juga kurang sukakan persaingan sebelum mendapat jawapan yang dirimu juga suka dan sayang akan diriku ini. sebenarnya aku tidak sanggup untuk menahan rindu terhadapmu yang semakin hari semakin kuat. kiranya dirimu memberikan jawapan bahawa dirimu menganggap diriku sebagai sahabat, sememangnya akan kuhapuskan perasaan yang berlebihan terhadap dirimu. dan merelakan dirimu untuk memilih yang lain. walaupun berat untuk menerimanya. aku mesti merelakan, demi kebahagiaanmu. seseungguhnya aku sangat menyayangimu walaupun perkenalan kita masih baru lagi. adakah kerana aku terlalu sunyi dan memerlukan teman? aku tidak pasti, tetapi yang pastinya dirimu telah membuatku sayang pada dirimu.
No comments:
Post a Comment