resah ini telah menggangguku setiap hari. aku ingin dekatimu tapi aku tidak mampu. sejak pertama kali aku memandangmu, aku tersentuh. andainya dapat kau rasai perasaanku ini. tak perlu aku keresahan menahan rasa rindu padamu. andainya juga dapatku luahkan kepadamu. namun aku hanya dapat meluahkannya di sini. aku pun tidak pasti adakah dirimu merasakan apa yang aku rasa ini. mungkin juga dirimu tidak pernah peduli apa yang aku rasa. dan aku tidak mampu untuk menyatakan kepadamu kerana aku takut akan kecewa dengan jawapan darimu. mungkinkan kau merasainya? mungkinkah kau juga sepertiku?
No comments:
Post a Comment