Thursday, March 31, 2011

mungkin hakikatnya begitu

adakah aku ni tidak layak untuk sesiapa... mungkin juga, tiada siapa yang aku suka akan suka dengan aku balik... sebabnya aku tak pernah mendapat jawapan yang pasti akan hal ini... hati ini terluka atas tindakan sendiri. tak apa lah aku tanggung sendiri atas apa yanag telah aku lakukan... walaupun berat, walaupun terluka... namun perasaanku takan berubah kepada dirimu walaupun aku tidak dapat memiliki dirimu...

lemah semangat ku kini...

Friday, March 25, 2011

siapa yang nak pujuk?

memang aku terasa sangat-sangat. hinggakan hilang mood aku nak buat keje. siapalah aku disisinya, mungkin dia ada pilihan lain, tapi kenapa dia seolah-olah menerima kehadiranku seandainya hatinya tidak. jangan kerana hanya kesiankan dengan keadaanku, atau kerana hanya aku yang menyapa hatinya sedangkan hatinya bukan untuk aku. hatiku merajuk dengan keadaan ini. aku tak tahu apa perlu aku lakukan. siapa yang nak pujuk. mungkin tiada siapa yang nak ambil tahu tentang aku ini. mungkin aku cuma layak bersendiri.

wahai dirimu mengapa buat diriku begini, mengapa dirimu membiarkan diriku sepi, mengapa dirimu tak mempedulikan diriku, diriku sangat merinduimu...

Thursday, March 24, 2011

aku keliru... celaru...

tak tahu apa yg nak aku katakan. aku keliru dgn perasaan sendiri. sejak kebelakangan ini aku jadi seorang yg sensitif... tak tahu kenapa. mungkin aku takut kehilangan sesuatu. nah tambah lagi ianya sesuatu yg belum pasti kerana masih diperingkat awal.

tapi, apa yg aku tahu, aku sayangkannya. tapi aku tidak pasti sayang ini berbalas atau tidak kerana tiada apa-apa pengakuan darinya. atau mungkin dia tidak mahu aku terluka. aku akan terluka andainya bila aku sudah mengasihinya dengan lebih mendalam, dan tika itu baru mahu nyatakan yg dirinya tiada apa-apa perasaan terhadapku.

Sunday, March 20, 2011

masih belum dapat jawapan yang pasti

aku masih menantikan suatu jawapan yang pasti wahai dirimu. kerana aku kurang yakin terhadap penerimaanmu terhadap diriku ini. dan aku juga kurang sukakan persaingan sebelum mendapat jawapan yang dirimu juga suka dan sayang akan diriku ini. sebenarnya aku tidak sanggup untuk menahan rindu terhadapmu yang semakin hari semakin kuat. kiranya dirimu memberikan jawapan bahawa dirimu menganggap diriku sebagai sahabat, sememangnya akan kuhapuskan perasaan yang berlebihan terhadap dirimu. dan merelakan dirimu untuk memilih yang lain. walaupun berat untuk menerimanya. aku mesti merelakan, demi kebahagiaanmu. seseungguhnya aku sangat menyayangimu walaupun perkenalan kita masih baru lagi. adakah kerana aku terlalu sunyi dan memerlukan teman? aku tidak pasti, tetapi yang pastinya dirimu telah membuatku sayang pada dirimu.

Saturday, March 12, 2011

andai dapatku...

seandainya dapatku luahkan perasaanku kepadamu... tapi aku tak berdaya kerana aku takut bertepuk sebelah tangan... terluka lagi itu maksudku.

betulkah kalau kita rindu pada seseorang maka sesorang itu rindu juga kepada kita juga...

aku betul-betul rindu padanya. aku ingin berada disisinya untuk melepaskan rindu ini, apakan daya, aku cuma boleh bermimpi... mimpi yang mungkin tidak menjadi kenyataan.

patutkah perigi mencari timba.. hmmm entahlah... makin aku cuba untuk hindarkan perasaan ini, semakin mendalam datangnya kepadaku...

wahai dirimu... aku mula sayang padamu...

Friday, March 11, 2011

sangat rindu

aku rindu sangat saat bersamamu walaupun seketika tanpa perasaan apa-apa. haruskah ku terus melayani perasaan, meskipun ada mungkinnya dirimu sudah berpunya. kenapa harus aku tempuhi dugaan sebegini. terlalu sakit dadaku ini tika saat mengingatimu setiap waktu. wahai dirimu... berilah aku suatu peluang untuk aku merasai sayangmu itu walaupun sesaat pastiku tidak membazirkannya. rindu ini memaksaku untuk menyayangimu. tak daya untuk aku menahan tetapi aku terpaksa menahannya kerana aku tidak pasti dengan jawapanmu...

Thursday, March 10, 2011

andainya...

resah ini telah menggangguku setiap hari. aku ingin dekatimu tapi aku tidak mampu. sejak pertama kali aku memandangmu, aku tersentuh. andainya dapat kau rasai perasaanku ini. tak perlu aku keresahan menahan rasa rindu padamu. andainya juga dapatku luahkan kepadamu. namun aku hanya dapat meluahkannya di sini. aku pun tidak pasti adakah dirimu merasakan apa yang aku rasa ini. mungkin juga dirimu tidak pernah peduli apa yang aku rasa. dan aku tidak mampu untuk menyatakan kepadamu kerana aku takut akan kecewa dengan jawapan darimu. mungkinkan kau merasainya? mungkinkah kau juga sepertiku?

Tuesday, March 8, 2011

kenapa


kenapa aku asyik teringatkan dia. sakit dada ini bila teringat kat dia. tapi apakan daya aku tak bisa untuk terus terang padanya. kerana mungkin aku bertepuk sebelah tangan. aku rindu sangat-sangat dengan dia tapi hanya dapatku pendamkan dilubuk hati ini. siapalah aku ini. sememangnya aku tidak layak untuknya.

ya Allah ya Tuhanku jika benar dia adalah untukku, Kau berikanlah jalan untukku, jika tidak Kau hapuskan perasaanku kepadanya walaupun hakikatnya aku dah mulai sayang padanya. :(

dan akhirnya...

aku hadir ke mahkamah syariah pagi tadi (7/3/2011). sementara mendengar sebutan untuk kes aku. aku jadi pemerhati bagi kes-kes yang lain sementara menunggu giliran. macam-macam yang ada, bagus juga, ada perkara yang tak tahu boleh jadi tahu. aku ditemani oleh adik perempuanku.

tiba giliran aku, tak tahu nak kata apa perasaan aku masa tu... aku tak ada rasa apa-apa bila satu talak dijatuhkan kepadaku... jadi blurrr... macam-macam yang aku fikiran. entahlah.... perbicaraan berjalan lancar tanpa ada apa halangan. mesti ada pelik sbb kami tak nampak macam pasangan yang ada masalah. tapi itulah hakikatnya bila tidak bersefahaman lagi. tapi apa aku dapat tahu dari adikku (dia cuma mahu bicara dengan adik je) yang dia punya masalah yang tidak dapat nak jelas kepadaku... aku jadi pelik gak... adik aku ada beritahu dia ... kalaulah dia bersabar sedikit masa lagi dan beri peluang kepadaku.. mungkin perpisahan ini tidak berlaku... tapi apakan daya itu kehendak dia juga atas alasan yang sebenarnya aku sedniri yang tidak tahu kerana dia tidak pernah cuba untuk berbincang serta berterus terang dengan aku.

apa yang aku boleh buat cuma bersabar dan pasrah... mungkin ada hikmah disebalik semua ini. hanya Allah Ta'ala yang maha mengetahui...

Saturday, March 5, 2011

Uji Rashid : Semakin Hari Semakin Sayang (HQ Audio)

berkemungkinan

rindu aku pada seseorang
tapi tidak ketahuan
rindu aku pada seseorang
tapi tidak kepastian
rindu aku pada seseorang
tapi tidak kemungkinan
rindu aku pada seseorang
tapi tidak kesampaian

apa mungkin diketahui
apa mungkin kepastian
apa mungkin berkemungkinan
apa mungkin kesampaian

insan ini tragis dalam soal hati
insan ini tragis dalam soal perasaan
insan ini tragis dalam soal keterimaan

biarlah semuanya dalam keadaan begitu
pasrah menyerah dalam segala hal...

apa nihhh...

tak suka lah dengan perasaan gembira, ceria pada mulanya lepas tu muncul rasa sedih...
rasa tak selesa langsung. aku pun tak tahu mana datang punca rasa ni... adehhh.. kenapa la dengan aku ni?

nak cari tempat mengadu tapi....
hhmmm... tak tahu lah nak cakap apa....
hadoi tetiba lak blank... huh!...

Friday, March 4, 2011

luahanku...

hari-hari yang aku lalui penuh dengan berbagai dugaan. luaran aku terlihatkan senyuman namun di dalam diri jiwa bergelora. apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang aku harus tempuh dengan cara apa sekali pun. pada masa kini keluargku serta kawan-kawan yang banyak, memberi semangat. terima kasih kepada mereka.

banyak juga yang perlu aku perbetulkan perjalanan hidupku ini. aku masih belum punyai apa-apa perancangan dalam masa yang terdekat ini. niat di hati nak diam seketika, namun begitu ada sesuatu yang mengusik. tapi aku terpaksa pendamkan saja. mungkin menyendiri buat seketika. mencari apa yang perlu aku cari untuk perbaiki kesilapan ku yang lalu.

mungkinkah ada yang bisa membantuku. ahh... sudah-sudahlah dulu. pasrah dengan ketentuanNYA..