Sunday, August 28, 2011

jika begitu takdirnya...

saatnya mungkin sudah tiba... mungkin aku terpaksa teruskan hidup tanpa orang yang aku sayang kerana orang yang aku sayang tak pernah berikan jawapan samada dia sayang kat aku atau tidak. aku ni tak bawa makna apa-apa pada dia. memang terasa pelik dan tak faham juga kenapa dia sanggup dan boleh buat orang yang sayang kat dia macam tu. macamana agaknya perasaan dia boleh bersahaja tanpa ada rasa bersalah bila melukai hati orang yang sayang kat dia? teruk sangat ke perangai aku ni? aku terasa sangat atas apa yang dia telah buat pada aku. dia tak boleh salahkan aku kalau ada perangai aku yang kadang-kadang melebihi batas, itu semua disebabkan oleh dia juga. aku takan buat hal kalau orang tak buat hal dengan aku.

aku juga kurang setuju dengan konsep kebebasan bila dah ada pasangan dan suka meletak peraturan yang tak munasabah. bagi aku bila dah sayang, setiap masa ingin tahu keadaan orang yang disayangi dan akan cemburu bila ada orang lain yang akan cuba mendekatinya. itu memang sifat semula jadi, mana-mana perempuan pun akan ada sifat begitu walaupun kadangnya tidak ketara. itu baru berpasangan, dia belum merasa alam perkahwinan lagi. akan terasa lagi terkongkong, dia bukan boleh bebas sepeti orang bujang kerana ada tanggungjawap perlu dipikul olehnya. kalau dari sekarang dia tak belajar untuk membiasakan diri dia dengan keadaan terkongkong bermakna dia tidak ada hasrat untuk berkahwin. sebenarnya bukan niat untuk mengongkong... sebenarnya tak jadi susah kalau pandai menanganinya. seperti.. bila kita sms jawab, bila kita tanya apa jua soalan jawab walaupun jawapan tu mungkin buat sakit hati... patutnya pandai ambil hati kita... dan bila buat salah terus teranglah keadaan sebenarnya. tiada siapa nak marah kalau bercakap benar dan berterus terang. komunikasi itu penting bagi aku....
disebabkan kurang komunikasilah perkahwinan aku yang lalu habis macam tu je sebab tak boleh nak berbincang. aku je yang selalu mengalah dan buat semuanya.

aku tahu... aku ni bukanlah perempuan idaman lelaki... tapi aku juga punya hati dan perasaan yang menagihkan perhatian dari seorang lelaki. tetapi seringkalinya lelaki hanya mengecewakan aku... buat aku macam barang mainan... aku pun tak tahu bila semuanya akan berakhir... bila waktunya aku akan kecapi kebahagiaan andainya semua lelaki yang aku temui sama sahaja perangainya.. pada mulanya ku sangka dia orang baik dan mungkin dapat memberi kasih sayang pada aku... tapi aku tak sangka dia begitu... seperti orang yang tiada perasaan... dan mengecewakan aku... apakah memang nasib aku macam tu je... ntah la... aku serahkan semuanya pada takdir dan ketentuan pada Allah Ta'ala...

aku akan cuba walaupun perit, pahit, sakit... tapi pintu hati aku sentiasa terbuka untuk dia... kerana kasih sayang aku tak akan pudar sampai bila-bila walaupun dia telah melukai hati aku...

No comments: