Monday, August 22, 2011

impian aku...

ye seperti orang lain aku ingin punyai sebuah rumah tangga yang bahagia, setelah rumah tangga yang dibina masa lalu telah musnah. impian untuk ku punyai zuriat turut musnah.

kini aku belum pasti lagi, apakah aku dapat untuk menggapai impian itu. aku terkilan kerana setiap lelaki yang aku temui hanya untuk mempermainkan aku. tidak serius dengan aku. aku sedih dan rasa terkilan sangat-sangat. apakah aku ini hanya untuk dipermain-mainkan? apakah aku ini tidak layak untuk bahagia? kenapa mesti buat aku macam ni? :'(

aku tahu... aku mungkin tak sehebat perempuan-perempuan lain, tapi aku juga ada hati dan perasaan tapi sampai hati... hati dan perasaan aku dimain-mainkan. aku dibanding-bandingkan dengan perempuan lain, satu perkara yang tak patut dilakukan oleh seorang lelaki. kalau aku ni tak hebat, tak cantik kenapa pula nak bermesraan dengan aku, kenapa nak keluar dengan aku? kenapa tak pergi saja kepada perempuan yang selalu dipuji. kalau betul tak pernah ada kasih dan sayang pada aku, kenapa nak teruskan juga hubungan ini. acap kali aku mahukan jawapan tentang kedudukan aku disisinya, supaya senang aku meletakkan diri aku di mana, supaya senang aku mengawal perasaan dan diri aku agar tidak buat perkara-perkara yang tak elok. tapi kerana dia, kerana aku sayangkan dia tapi dia tak pernah menghargai... aku cuma nak tahu tentang kedudukan aku itu saja, itupun susah dia nak berikan jawapan... :'(


No comments: