ONCE ( DEALOVA ) KaraOke - YouTube:
'via Blog this'
Wednesday, August 31, 2011
Sunday, August 28, 2011
jika begitu takdirnya...
saatnya mungkin sudah tiba... mungkin aku terpaksa teruskan hidup tanpa orang yang aku sayang kerana orang yang aku sayang tak pernah berikan jawapan samada dia sayang kat aku atau tidak. aku ni tak bawa makna apa-apa pada dia. memang terasa pelik dan tak faham juga kenapa dia sanggup dan boleh buat orang yang sayang kat dia macam tu. macamana agaknya perasaan dia boleh bersahaja tanpa ada rasa bersalah bila melukai hati orang yang sayang kat dia? teruk sangat ke perangai aku ni? aku terasa sangat atas apa yang dia telah buat pada aku. dia tak boleh salahkan aku kalau ada perangai aku yang kadang-kadang melebihi batas, itu semua disebabkan oleh dia juga. aku takan buat hal kalau orang tak buat hal dengan aku.
aku juga kurang setuju dengan konsep kebebasan bila dah ada pasangan dan suka meletak peraturan yang tak munasabah. bagi aku bila dah sayang, setiap masa ingin tahu keadaan orang yang disayangi dan akan cemburu bila ada orang lain yang akan cuba mendekatinya. itu memang sifat semula jadi, mana-mana perempuan pun akan ada sifat begitu walaupun kadangnya tidak ketara. itu baru berpasangan, dia belum merasa alam perkahwinan lagi. akan terasa lagi terkongkong, dia bukan boleh bebas sepeti orang bujang kerana ada tanggungjawap perlu dipikul olehnya. kalau dari sekarang dia tak belajar untuk membiasakan diri dia dengan keadaan terkongkong bermakna dia tidak ada hasrat untuk berkahwin. sebenarnya bukan niat untuk mengongkong... sebenarnya tak jadi susah kalau pandai menanganinya. seperti.. bila kita sms jawab, bila kita tanya apa jua soalan jawab walaupun jawapan tu mungkin buat sakit hati... patutnya pandai ambil hati kita... dan bila buat salah terus teranglah keadaan sebenarnya. tiada siapa nak marah kalau bercakap benar dan berterus terang. komunikasi itu penting bagi aku....
disebabkan kurang komunikasilah perkahwinan aku yang lalu habis macam tu je sebab tak boleh nak berbincang. aku je yang selalu mengalah dan buat semuanya.
aku tahu... aku ni bukanlah perempuan idaman lelaki... tapi aku juga punya hati dan perasaan yang menagihkan perhatian dari seorang lelaki. tetapi seringkalinya lelaki hanya mengecewakan aku... buat aku macam barang mainan... aku pun tak tahu bila semuanya akan berakhir... bila waktunya aku akan kecapi kebahagiaan andainya semua lelaki yang aku temui sama sahaja perangainya.. pada mulanya ku sangka dia orang baik dan mungkin dapat memberi kasih sayang pada aku... tapi aku tak sangka dia begitu... seperti orang yang tiada perasaan... dan mengecewakan aku... apakah memang nasib aku macam tu je... ntah la... aku serahkan semuanya pada takdir dan ketentuan pada Allah Ta'ala...
aku akan cuba walaupun perit, pahit, sakit... tapi pintu hati aku sentiasa terbuka untuk dia... kerana kasih sayang aku tak akan pudar sampai bila-bila walaupun dia telah melukai hati aku...
Monday, August 22, 2011
impian aku...
ye seperti orang lain aku ingin punyai sebuah rumah tangga yang bahagia, setelah rumah tangga yang dibina masa lalu telah musnah. impian untuk ku punyai zuriat turut musnah.
kini aku belum pasti lagi, apakah aku dapat untuk menggapai impian itu. aku terkilan kerana setiap lelaki yang aku temui hanya untuk mempermainkan aku. tidak serius dengan aku. aku sedih dan rasa terkilan sangat-sangat. apakah aku ini hanya untuk dipermain-mainkan? apakah aku ini tidak layak untuk bahagia? kenapa mesti buat aku macam ni? :'(
aku tahu... aku mungkin tak sehebat perempuan-perempuan lain, tapi aku juga ada hati dan perasaan tapi sampai hati... hati dan perasaan aku dimain-mainkan. aku dibanding-bandingkan dengan perempuan lain, satu perkara yang tak patut dilakukan oleh seorang lelaki. kalau aku ni tak hebat, tak cantik kenapa pula nak bermesraan dengan aku, kenapa nak keluar dengan aku? kenapa tak pergi saja kepada perempuan yang selalu dipuji. kalau betul tak pernah ada kasih dan sayang pada aku, kenapa nak teruskan juga hubungan ini. acap kali aku mahukan jawapan tentang kedudukan aku disisinya, supaya senang aku meletakkan diri aku di mana, supaya senang aku mengawal perasaan dan diri aku agar tidak buat perkara-perkara yang tak elok. tapi kerana dia, kerana aku sayangkan dia tapi dia tak pernah menghargai... aku cuma nak tahu tentang kedudukan aku itu saja, itupun susah dia nak berikan jawapan... :'(
Sunday, August 21, 2011
apa yang tak kena?
dia kata dia tak faham kenapa aku desprate sangat nak ceritakan tentang aku dan dia kepada orang lain. heyyy!!! desprate apanya dah memang kami selalu keluar berdua dan memang ada hubungan. berapa lama nak sembunyikan. sedangkan tempat yang selalu kami pergi pun ramai yang kenal kami. cuma dia yang tak sedar. panggung mbo tu pun sama ada juga yang kenal kami cuma perasan dengan tidak je. sampai bila nak berahsia. aku tak sangka la, dia jenis lelaki yang terlalu mementingkan diri sendiri, dia tak pernah pun jaga hati dan perasaan aku. ingat aku ni tunggul ke apa??? ni baru bercouple, lau dah kawin aku tak tahu macamana perangai dia. takan masih nak kejar glamour dikalangan perempuan-perempuan. kalau dari sekarang dia tak kikis sikap dia tu, entah aku pun tak tahu macam mana kehidupan dia bila dah kawin. latihan sekarang dah tunjukan kegagalan. tak pandai jaga hati pasangan sendiri. dia tak pernah memula sms, tak pernah memulakan untuk minta maaf, apa-apa je lah, memang dia tak pernah mulakan dulu. aku je yang terhegeh-hegeh buat semua sebab tu ego dia tinggi sangat. dia ingat dia bagus sangat agaknya, konon dah ikut orang besar. dia tak perasan tuah tu datang dari mana agaknya. aku mohon sangat-sangat agar Allah Ta'ala mengingtakan dia. menganiaya hati dan perasaan orang pun merupakan dosa. apatah lagi apa yang kami lakukan selalu bila berjumpa. dia tak ingat ke??? dia tak pernah ke rasa macam mana sayang pada seseorang? tapi kenapa sampai hati dia selalu keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati aku. dan aku juga terpaksalah keluar juga kata-kata yang menyakitkan hati dia. dia tahu marah dia, marah aku ni? aku selalu minta jawapan tentang kedudukan aku tapi dia tak pernah jawab satu pun tapi tetap nak juga keluar dengan aku. aku tak faham, mahu jalinkan hubungan tapi tak mahu declare, ingat aku barang ke apa??? dah lah ego tinggi, pentingkan diri sendiri, masalah pun tak share... apa jenis lelaki pun aku tak tau... tak care langsung kat aku nih... care sangat dengan perempuan-perempuan lain... aku ni siapa sebenarnya pada dia???
Thursday, August 11, 2011
lagi hati kecil ini berbicara
sayu hati ini bila kenangkan nasib selalu saja dipermainkan oleh lelaki. aku tahu, aku banyak kekurangan, aku tak pandai, tapi takan aku tak layak untuk mendapatkan kebahagiaan. tiada siapa yang sudi nak selam hati kecil aku ini. tiada siapa yang sudi nak memahami diriku ini. aku sunyi sebenarnya, kosong dalam jiwaku. menumpang kasih pada yang tak sudi, betul-betul buat hati ini terkilan. dengan siapa aku nak ngadu, nak bermanja, nak meluahkan isi hati? orang yang diharapkan hanya suka main tarik tali, bila suka dia datang, bila tak suka dia pergi dan begitu seterusnya. siapa yang nak memujuk hati ini. saban hari ditemani butiran air mata, kenangkan nasib diri entah apa akan jadi masa akan datang...
sayang mengapa tergamak kau buat aku begini... kiranya aku bersalah kenapa kau tak berterus terang, kenapa simpan, bukan niatku untuk menyusahkan mu, tiada niat langsung, tapi berterus teranglah dalam segala hal agar mudah aku memahaminya...
aku tak tahu apa niat sebenar dalam setiap permainanmu? adakah aku ini mangsa keadaan, bila-bila masa saja kau boleh pergi tinggalkan aku macam tu saja. tak terfikirkah olehmu jika kau berada di tempatku? setiap persoalan yang aku ajukan belum ada yang kau jawab, kenapa begitu? adakah kau ingin aku luka sedalam-dalamnya untuk puaskan hatimu? sampai hatimu jika begitu... sampai hati...
apa yang aku tahu, aku cuma ingin bersamamu dan menyayangimu sepenuh hatiku... sukarkah begitu???
Wednesday, August 10, 2011
lagi sekali hati sakit...
kadang-kadang aku tak faham dengan sikap dia. langsung tak menjaga hati aku. ungkapan yang selalu keluar dari mulutnya nak jaga hati semua orang, sedangkan dia tak jaga pun hati aku. hari ini dia keluarkan perkataan yang mengguris perasaan aku. sekarang kalau dia buat salah mana pernah nak minta maaf dengan aku. cuma kau saja yang selalu minta maaf pada dia kalau aku yang buat salah. hari tu kalau sms liat dia nak balas, lepas tu inbox pun lambat juga nak balas, email lagi la tak berbalas langsung, sekarang ni kat wall pulak dia tak bagi post. mengganggu katanya. sampai hati dia buat aku macam ni. kenapa dia selalu saja nak sakit dan lukakan hati aku. dia marah kalau aku macam-macam dengan dia, tapi bila part aku dia buat macam-macam tak ambil kira pulak. sesungguhnya dia yang tak pernah jaga hati aku, tak pernah langsung, aku ni semacam selalu memaksa dia, asyik aku saja nak jaga hati dia... moga dia akan rasa macamana aku rasa... carilah wanita yang boleh buat macam aku, sanggup tunggu 2 jam sampai lewat pagi semata-mata nak jumpa dengan dia. sorang-sorang pulak tu, kalau terjadi apa-apa pada aku, dia nak bertanggungjawab ke?
mudah saja... kalau betul dia tak pernah sayang pada aku, katakan terus terang... tahu lah aku nak letak diri aku ni kat mana... :'(
Friday, August 5, 2011
seandainya...
andainya aku diciptakan sebagai seorang lelaki, aku tak akan menganiayai mana-mana wanita... aku tak akan lukai hati mereka... aku tak akan sia-siakan mereka walau apa pun keadaan mereka... sekiranya mereka itu sorang yang ikhlas serta sangat mengasihi aku... aku akan terima mereka seadanya bila mana aku telah membenarkan mereka menghuni hati ini...
andainya aku seorang lelaki... aku harus bertanggungjawab atas apa yang akan lakukan... walaupun ianya berat sekalipun akan aku tempuhi apa jua rintangan dan halangan agar aku dapat bersama wanita yang menyayangi aku...
tetapi lelaki sekarang hanya tahu ambil kesempatan atas kelemahan wanita... sering melukakan hati mereka... sering jadikan mereka seperti barang mainan serta tidak bertanggungjawab... kenapa begitu... apa salahnya menghargai orang yang menyayangi dan mengasihi kita... ini tidak, dah buat salah tapi tak mahu memperbetulkannya... malah menyakitkan hati kita lagi adalah... kalau dah tak suka dengan kita baiknya berterus terang lagi baik... supaya hati kita ni tidak telalu terluka jika terlalu lama ditangguhkan... luka di hati bukan mudah untuk diubati, bukan sehari, bukan sebulan, bukan setahun tapi boleh sampai ke akhir hayat... tetapi ada juga lelaki tak pernah ambil peduli akan hal ini... kini yang ku alami... sedih hati ini, lara hati ini, aku tanggung sendirian... air mata sentiasa menjadi peneman...
Thursday, August 4, 2011
tak layakkah aku?
kenapa semua lelaki yang aku jumpa cuma mahu mempermainkan aku... kebanyakannya hanya ambil kesempatan ke atas kebaikanku... aku belum jumpa cinta sejati yang betul-betul jujur dan ikhlas... insan yang boleh terima aku seadanya. tak layakkah aku untuk miliki sebuah cinta yang tulus. insan yang aku sangka baik tetapi sebenarnya palsu... mempermainkan perasaanku semahunya... bila mahu datang mencari aku... bila tak mahu atau dapat yang baru, aku ditinggalkan begitu sahaja... kenapa mereka kejam pada aku... begitu mudah lelaki mempermainkan seorang wanita yang sangat menyayanginya setulus hati... kenapa adakan hubungan bila mana belum pasti kedudukannya... bila diajukan soalan tidak pernah ada jawapan... kenapa mereka buat begitu...
tidakkah mereka tahu betapa dalamnya luka di hatiku ini... sampai hati aku diperlakukan seperti itu... aku juga punya hati dan perasaan...
ya Allah ya Tuhanku kenapa mereka begitu kejam terhadapku, salahkah aku untuk menyayanginya, salahkah aku untuk mengambil berat tentangnya... salahkah aku?
Tuesday, August 2, 2011
aku menangis lagi...
aku tak tahu macam mana nak huraikan betapa aku rindu sangat pada dia. hanya air mata ini yang menemani aku. kenapa dia biarkan aku merindukannya begitu saja? tidak ada sedikit rindukah dari dia untuk aku? sudah lupakah dia padaku? sampai hati dia buat aku macam ni. sampai hati sangat-sangat, sedih sangat-sangat aku rasa... :'(
Subscribe to:
Posts (Atom)