ye... aku teringin sangat kalau dia panggil aku sayang. nak dengar sangat-sangat. tapi tak pernah sekali pun. aku juga teringin nak tahu dalaman hatinya bagaimana. aku tak nafikan bahawa setiap hari kerisauan bersarang dalam diriku. tak tahulah bagaimana aku nak hadapi hari-hari yang mendatang. adakah baik untukku ataupun sebaliknya. kadang-kadang juga aku tidak faham kenapa kasih sayang dibalas dengan ketidak jujuran, penipuan, mempermainkan perasaan dan sebagainya. apa yang selama ini aku buat, aku tidak mendapat apa-apa untuk diriku sendiri. memang bukan senang untuk merebut hati seseorang tapi aku sangat sayang, aku kasihkan dia. hancur hati ini kalau dia pergi dariku atau ada yang mahu merampasnya dariku. aku akui, yang merasa bahagia bila dia ada disampingku. mungkin aku banyak kekurangan, tapi kasih sayang aku berlebihan.
sayang... aku amat menyayangimu.
No comments:
Post a Comment