Sunday, July 31, 2011

mungkin akan jadi kenangan...

aku sedar... hubungan aku dengan dia mungkin takan sampai ke mana dan tidak seperti yang aku harapkan.. mana tidaknya... dia tidak bersungguh-sungguh terhadap aku. aku ni cuma untuk suka-suka bagi dia. terlalu sedih aku diperlakukan seperti barang mainan. setiap ujian yang aku beri telah menampakkan ketidak sungguhan dia terhadap aku. aku akui terkadang sikap aku semacam mengongkong dia. itu adalah kerana aku hendakan kepastian yang jujur dari dia. semua wanita mahukan kejujuran dalam setiap hubungan. buat apa jalinkan hubungan sedangkan dia masih dalam pencarian. jika hubungan yang biasa-biasa mungkin aku tak terkilan sangat, tapi dengan kemesraan yang akrab setiap wanita pasti akan menganggap itu adalah satu hubungan yang istimewa. tapi aku... seolah-olah diberi harapan... kemudian harapan itu akan hancur... dan kenapa juga dia tak boleh terima aku seadanya.. kalau menyayangi seseorang setiap masa ingin tahu apa yang dia sedang buat. salahkah aku punyai sikap ambil tahu setiap masa keadaannya.

mungkin kali kali ini aku terpaksa untuk melepaskan dia jika benar dia tidak pernah sayang padaku, tidak pernah bersungguh-sungguh terhadapku... walaupun mungkin luka ini akan menjadi sangat dalam aku harus hadapinya jua...mungkin juga ini yang dia inginkan selama ini tetapi dia tidak mahu menampakkan kesalahan dari pihaknya... sampai hatinya dia buat aku begitu... kalau kerana takut aku tak diterima oleh orang tuanya, itu bukan alasan untuk dia mempermainkan aku dan beri harapan palsu... bagi aku banyak jalan untuk menyelesaikan masalah... aku kesal kerana dia melarikan dirinya dari menyelesaikan suatu masalah yang memang mungkin rumit baginya... siapa aku di sisinya jikan bukan untuk membantu dalam apa jua keadaan...

setiap persoalan yang aku kemukakan idak pernah dia berikan jawapan... aku kecewa dengan sikapnya seolah-olah tidak mahu bertnggungjawab atas apa yang telah dia lakukan...

tak apa lah mungkin ini hari dia... aku pasrah walaupun pahit, walaupun sakit... kerana aku amat menyayangi mu Ikhmal...

No comments: