Sunday, July 31, 2011

mungkin akan jadi kenangan...

aku sedar... hubungan aku dengan dia mungkin takan sampai ke mana dan tidak seperti yang aku harapkan.. mana tidaknya... dia tidak bersungguh-sungguh terhadap aku. aku ni cuma untuk suka-suka bagi dia. terlalu sedih aku diperlakukan seperti barang mainan. setiap ujian yang aku beri telah menampakkan ketidak sungguhan dia terhadap aku. aku akui terkadang sikap aku semacam mengongkong dia. itu adalah kerana aku hendakan kepastian yang jujur dari dia. semua wanita mahukan kejujuran dalam setiap hubungan. buat apa jalinkan hubungan sedangkan dia masih dalam pencarian. jika hubungan yang biasa-biasa mungkin aku tak terkilan sangat, tapi dengan kemesraan yang akrab setiap wanita pasti akan menganggap itu adalah satu hubungan yang istimewa. tapi aku... seolah-olah diberi harapan... kemudian harapan itu akan hancur... dan kenapa juga dia tak boleh terima aku seadanya.. kalau menyayangi seseorang setiap masa ingin tahu apa yang dia sedang buat. salahkah aku punyai sikap ambil tahu setiap masa keadaannya.

mungkin kali kali ini aku terpaksa untuk melepaskan dia jika benar dia tidak pernah sayang padaku, tidak pernah bersungguh-sungguh terhadapku... walaupun mungkin luka ini akan menjadi sangat dalam aku harus hadapinya jua...mungkin juga ini yang dia inginkan selama ini tetapi dia tidak mahu menampakkan kesalahan dari pihaknya... sampai hatinya dia buat aku begitu... kalau kerana takut aku tak diterima oleh orang tuanya, itu bukan alasan untuk dia mempermainkan aku dan beri harapan palsu... bagi aku banyak jalan untuk menyelesaikan masalah... aku kesal kerana dia melarikan dirinya dari menyelesaikan suatu masalah yang memang mungkin rumit baginya... siapa aku di sisinya jikan bukan untuk membantu dalam apa jua keadaan...

setiap persoalan yang aku kemukakan idak pernah dia berikan jawapan... aku kecewa dengan sikapnya seolah-olah tidak mahu bertnggungjawab atas apa yang telah dia lakukan...

tak apa lah mungkin ini hari dia... aku pasrah walaupun pahit, walaupun sakit... kerana aku amat menyayangi mu Ikhmal...

Monday, July 25, 2011

hati kecil ku berbicara lagi...

februari 2011, pertama kali aku terpandang dia, hatiku bergetar. ada satu perasaan yang wujud entah dari mana.. namun aku biarkan perasaan itu berlalu takut kalau-kalau dia sudah dimiliki. mac 2011, dia muncul lagi depan mataku.. detik itu hatiku juga bergetar lagi, lebih-lebih lagi bila dapat berbual dengan lebih dekat.

dan kerana itu aku cuba mendekatinya setelah dia mengakui belum berpunya. ku ketuk pintu hatinya dan dia telah membukanya untukku. bermulalah suatu hubungan yang penuh dengan berbagai dugaan. pahit dan manis silih berganti.

aku semakin tidak mengerti apakah erti hubungan ini... mengapa dia buat aku begini.. bermain teka teki denganku.. kau berikan kebahagiaan kepadaku kemudian kau sakiti hatiku silih berganti. satu hubungan yang tidak dapat dihebahkah. aku sedih... untuk apa kau mendampingiku, andainya kau tidak menyayangi... dan untuk apa belaian mesramu dan kucupan mesramu itu andainya kau tidak mengasihiku.

kerapkali aku memberikan pertanyaan tentang hubungan ini tapi hampa...jika ada orang lain diantara kita, ia akan mengganggu hubungan kita. siapa aku di mata mu dan siapa pula dia di matamu... andainya kau tidak berterus terang dengan sejujurnya kepada semua orang, kau juga yang akan dalam kesulitan... aku mohon agar kau dapat membuat suatu keputusan sekurang-kurangnya untuk masa depan mu... aku tidak gentar dengan cabaran sebenarnya tapi akan ada yang terluka dan sakit nantinya.

kau akhirilah pencarianmu itu, binalah sebuah tugu cinta, agar kau dapat merasakan kebahagiaan sepenuhnya dengan tidak berbelah bagi...

walaupun berapa lama aku tetap menanti...

Wednesday, July 20, 2011

masalah baru muncul

aku tak tahu nak ngadu pd siapa. setelah berpenat lelah dan berhabis duit aku bayar rumah tu, aku dapat ceirta yang betul-betul mengejutkan aku. aku tak sangka bekas suami aku macam tu. dia boleh kata nanti nak halau aku dari rumah baru tu kalau aku duduk situ. dan aku dapat tahu juga yang dia dah kawin lain. dia juga tuduh mak aku suka kuat bomoh. astarghfirullah al azim, nape la dia buruk sangka sampai macam tu sekali. ni mak aku baru je tempah grill untuk rumah tu. kos seribu lebih. aku tak pernah dengki dengan dia, kenapa dia nak buat aku macam tu. sedih betul aku rasa. nak buat apa pun semua tak boleh. lemah je rasa badan ni. dahlah sekarang ni aku dalam kesusahan. lau orang tak kuat iman dah lama dah terjun bangunan... ishhhh... :'-(

entahlah...

tak tahu camne nak huraikan perasaan aku sekarang ni. aku sayang sangat kat dia, tapi aku tak boleh tengok/tahu kalau dia keluar/bermesra denga orang lain, lebih-lebih lagi kalau dengan minah tu. rasa sakit hati, cemburu... tapi tu bukan sikap sebenar aku kalau nak ikutkan... ntah lah kenapa aku jadi macam ni.. adakah angkara si dia aku jadi macam ni? tapi kenapa? mungkin kerana aku terlalu sayang sangat pada dia dan mahu kehilangan dia. tapi mungkin aku terpaksa juga hadapi jika ada perpisahan. hati aku akan teluka lagi, kali ini mungkin lagi teruk dari yang dulu-dulu, sebabnya aku dipermainkan. kalau dia betul-betul sayang kat aku, kenapa dia nak sembunyikan hubungan antara aku dan dia kepada pengetahuan semua orang termasuk kawan-kawan dia. dan dia tak pernah nyatakan terus terang yang dia sayang kat aku. sampainya hati dia buat aku macam ni. orang yang tak tahu akan ingat dia ni orang yang baik tapi hakikatnya... entah lah... fikiran aku dah bercelaru sekarang ni... :'-(

Tuesday, July 19, 2011

aku terasa lagi...

tiba-tiba hati aku sakit. aku terasa... terasa angat-sangat... kenapa dia nak main tarik tali dengan aku... dia tak sepatutnya buat macam tu... sekarang ni dengan siapa yang sebenarnya dia intim... aku boleh agak, dia mungkin keluar dengan minah tu tapi dia cakap jumpa dengan orang media... aku berhak cemburu sebab dia intim dengan aku, walaupun masih belum 'declare' tapi dia keluar dan bermesra dengan aku dah memang layak orang panggil pasangan kekasih... orang-orang kat area rumah aku pun dah selalu nampak aku dan dia sering keluar berdua... kenapa dia suka sakitkan hati aku... kenapa dia nak rapat gak dengan minah tu sedangkan aku ada... apa tujuan sebenarnya dia nak rapat dengan aku kalau dia tak sayang kat aku... kenapa dia buat aku macam ni? kenapa...kenapa...kenapa...?????

tak suka minah tu panggil dia bebeh... tak suka... tak suka... tak sukaaa...


Sunday, July 17, 2011

ingin rasai...

aku memang teringin rasa macamana perasaan bila seorang lelaki yang menyayangi aku selalu ambil berat tentang aku. aku ingin rasa macamana perasaan bila seorang yang disayangi memberiku sekuntum atau sejambak bunga. aku ingin rasa macamana perasaan bila seorang lelaki yang menyayangi aku mengatakan yang dia amat menyayangi diriku. aku ingin rasa macamana perasaan bila seorang lelaki yang menyayangi aku memanggilku sayang dengan penuh perasaan kasih sayang.

tapi aku tak pernah rasai dengan sepenuhnya, aku cuma rasa yang diriku ini tidak dihargai. adakah aku tidak layak untuk rasai semua itu? adakah aku ini hanya layak untuk dilukakan? adakah aku ini hanya layak untuk dipermainkan?

Friday, July 15, 2011

bahagia walaupun...

bahagia? ye adakalanya aku rasa bahagia sangat, itu sewaktu dia berasa di sisiku. belaiannya memang membuatku rasa disayangi. aku suka saat-saat seperti itu kerana aku tak rasa bimbang kerana dia berada di depan mataku. cuma yang aku tak tahu bicara dalam hatinya. kalaulah aku diberi kelebihan boleh membaca apa yang ada di dalam hati dan perasaan dia alangkah bagusnya. tapi mustahil untuk aku mendapat kelebihan seperti itu. tapi bila dia tiada di depan mata, kegelisahan, kerisauan selalu mengganggu diriku ini.

walau apapun aku tetap sayang dengannya sepenuh hati...

Wednesday, July 13, 2011

rasa kehilangan

macamana nak ku gambarkan betapa aku terasa seolah-olah kehilangan. aku tak tahu nanti bagaimana hari-hari yang akan aku lalui seterusnya. baru je beberapa ketika aku tak dapat jumpa dia dan tak dapat selalu untuk menghubunginya, bersms pun bila aku yang hantar baru dia balas. kadang terasa hati juga bila dia tak pernah mulakan dulu untuk bertanya khabar atau keadaanku. memang menampakkan yang dia seolah-olah tidak ada apa-apa perasaan pun terhadap aku. aku rasa terkilan sangat juga, rasa diri seperti barang, bila nak guna baru cari, kalau tak nak letak je kat tepi. aku je yang beriya-iya tapi tak bersambut. kenapa ye macam tu? dan dia tak pernah nak jelaskan di mana kedudukan aku dalam hatinya. adakah untuk sementara atau...? sampainya hati dia... aku tahu dia memang sibuk dengan kegiatannya, tapi takkan setiap minit itu terlalu susah nak luang sekdikit untuk aku... kalau dia rasa aku ni macam menyusahkan dia kenapa dia tak tinggalkan aku terus je... kenapa dia nak cari aku juga nanti...?

Monday, July 11, 2011

sepi!

ye... sepi yang aku rasa disaat ini. tanpa berita darinya walaupun sehari cukup buat aku gelisah sepanjang masa. walaupun tak dapat jumpa sekurang-kurangnya sms jadi penghubung. jika tidak pun dapat tengok dia online di facebook pun tak apa. bila salah satu tu tiada, aku rasa kehilangan... seolah-olah terputus hubungan. disaat ini apa agaknya dalam fikirannya, entah dia ingat kat aku atau tidak. sedangkan bila berada di depan mata dia pun dia tak perasankan aku. walhal aku walaupun pada mulanya tak nampak dia tetapi aku tetap merasakan kehadirannya. aku je yang selalu mengejar dia, sedangkan dia tak pernah mendahului aku. bertapa terkilannya aku bila menjadi kekasih yang tidak diiktirafkan. aku tahu siapa aku ni. orang-orang macam dia memang susah nak pandang orang macam aku ni... takpelah... apa pun keputusan dia yang buat... walaupun hati aku akan hancur satu hari nanti andainya dia tergamak nak buat begitu pada ku...

Friday, July 8, 2011

risau!

ye memang aku risau sebab esok dia akan turun kl untuk program bantahan kepada bersih tu. risau kalau2 sesuatu terjadi. dan aku tahu 'orang yang panggil dia bebeh tu' pun akan turun sama. kerisauan 2 dalam 1. lau boleh aku pun nak turut sama tapi takde sape pun nak ajak aku walaupun dia sendiri. hari tu dia ada kata tak nak turun... tapi entahlah... hati siapa yang tak risau kalau orang yang disayang berada dalam situasi membahayakan. aku rela jadi bodyguard dia kalau boleh agar dia sentiasa selamat... tapi ye lah aku ni siapa kan... mungkin tak istimewa pada dia...

Thursday, July 7, 2011

hati kecil ku berbicara...

adakah hadirmu itu memberi sinar untuk ku yang sekiannya diselubungi kegelapan? sejak mengenalimu, aku mendekatiNYA kerana aku mungkin sudah jumpa 'seseorang' dan kerap kali ku panjatkan doa agar ALLAH menyatukan kami. kerana dia juga aku kerap menghampiriMU. aku tak tahu mengapa aku jadi begitu, tidak seperti sebelum-sebelumnya.

tapi jauh di sudut hati ini merasa kecil dengan sikapnya yang bagiku tidak berpendirian tetap. walaupun dia telah mendekatiku tetapi dia masih mahu melayan orang lain, dan aku ini sebagai siapa di sisinya. mungkin semua itu... dia mahukan aku berundurkah? kenapa dia tak tinggalkan aku terus? seolah-olah dia cuma biarkan aku tersalah, tersilap agar kemudiannya dia ada alasan untuk buat sesuatu. entah lah...... dan setiap kalinya aku teringat kat dia, hatiku sering menangis... menangis...menangis... dan menangis..........




mungkin....

mungkin akan datang aku akan menghadapi sakit kemurungan. setiap detik, setiap waktu, setiap hari-hari yang aku lalui tidak ada yang menggembirakan aku. malah aku menjadi semakin sedih. siapalah yang mungkin merawatnya? aku tak tahu nak cakap macamana samada bersama dengan sidia itu menggembirakan aku ataupun menyedihkan aku... dan aku tidak tahu samada keikhlasan dan kejujurannya itu ada atau tidak... dan aku tidak ada jawapan untuk semua itu kecuali dia sendiri yang menyatakannya dengan tulus ikhlas dari hati kecilnya. aku menunggu saat itu. tapi hampa yang aku dapat. sedikit terluka dan kecewa. macamana dia boleh rasa selesa tika menyakiti hati seseorang?




Tuesday, July 5, 2011

satu dalam seribu

memang sukar untuk mencari seorang yang betul-betul jujur sayang pada kita. dalam seribu mungkin cuma seorang yang ada.

semalam ... aku betul-betul terasa sangat, bila dia keluarkan kata-kata begitu. mengapa mesti sebut nama orang lain sewaktu sedang bersamaku? masa untuk aku adalah untuk aku tak perlu sebut-sebut tentang orang lain. kenapa nak sakitkan hati aku dengan menyebut nama perempuan lain? mengapa ada ugutan-ugutan seumpamanya? mengapa dia nak rapat dan kerap keluar dengan aku jika aku bukan pilihannya? mengapa dia buat aku macam tu? siapa sebetulnya aku ini pada dia?

kenapa orang lelaki selalu sangat suka guris perasaan orang perempuan? tak bolehkah dia tumpukan perhatian pada seorang saja? kenapa nak layan semua orang yang datang kepadanya? senang je kan lelaki yang ramai perempuan ni. kalau sorang buat hal dia akan tinggalkan macam tu saja. dia ibaratkan perempuan seperti anak kucing, bila sayang dibelai-belai tapi bila dah jemu anak kucing tu dibuang bila-bila masa saja. lebih-lebih lagi perempuan macam aku ni, janda. senang je nak tinggalkan kan.

tidak adakah rasa tanggungjawab bila menjalinkan suatu hubungan yang rapat dengan seseorang yang betul-betul sayangkannya. kalau sungguh dia jujur, terus terang sajalah kalau aku bukan pilihan dia jika dia betul-betul sudah ada pilihan yang lain.

sebelum ni, ketika aku terluka dengan dia, aku cuba sikit-sikit untuk lupakan dia tapi tak boleh...
sampai hati dia buat aku begini, meletakkan aku di persimpangan dilema... :'(

Monday, July 4, 2011

maafkan aku sayang...

maafkan aku sayang andai ada kata-kataku yang membuatmu marah, luka atau tidak selesa. ketahuilah olehmu, di sini saja lah tempat untuk aku meluah segala perasaanku. dirimu pun belum tahu sudi untuk mendengarkannya. aku tahu mungkin aku keterlaluan tapi ini saja yang dapat memujuk diriku sendiri dan belum tahu dirimu mahu memujukku. tiada niat apa-apa sebenarnya. cuma hati yang menangis ini ingin dipujuk oleh orang yang disayangi tetapi...........

bagiku tiada kucupan mesra jika tidak menyayangi... bukan kerana nafsu semata-mata...
dan kerap kali dada ini terasa berdebar-debar tiap kali mengingatimu... adakah dirimu begitu juga?

Sunday, July 3, 2011

aku terasa...

aku memang terasa. juga jeles gak lah. taip kali status kat wall aku jarang sangat dia nak like, tapi kalau wall 'orang tu' asik-asik like je, jangan ingat aku tak intai seh. cuba lah dia terus terang yang sebenarnya, dia sayang kat aku ke tidak. aku rasa nak nangis dalam situasi macam ni. hati perempuan lelaki selalunya tak ambil peduli. cakap je nak jaga hati perempuan tapi dalam masa yang sama sakitkan juga. buat apa dia nak jaga hati semua orang. nak jadi hero ke apa? marah tetap marah. sayang tetap sayang. sebab aku tak dapat kepastian dari dia. selagi tu belengu membuku dalam kepala otak ni. orang kat area umah aku dah selalu tengok aku keluar dengan dia. lau aku tak jadi dengan dia, malu sangat kat dia orang semua. sebab semua orang kat situ kenal dengan mak aku. kesian kat mak juga lah. mana aku nak letak muka nih nanti. nak pindah pun rumah belum sempurna lagi.

aku tau lah aku ni tak lawan mana pun :'(
janda lak tu... dah la tu sentiasa je orang nak permainkan aku... :'(
siapa nak pujuk hati aku ni kalau bukan dia... lau aku nangis pun bukan dia nampak...
kalau pun dia nak dua-dua sekali... siapa yang akan dia dulukan?... ada ke 'orang tu' sanggup nak kongsi kasih dengan aku?????????

sakitnya dalam hati ini... tiada siapa yang dapat rasakan... :'(
ntah kenapa dengan dia ni aku tak boleh lupakan, tak boleh lau tak sayang...
adakah dia hargai kasih sayang yang aku beri terhadapnya... :'(


hari minggu yang boring

hmmmm.... memang boring minggu nih. teringin nak keluar dengan boyfren tapi takan aku je yang nak tanya. best juga kalau hari minggu keluar jalan-jalan dengan orang yang kita sayang. dah lama aku tak merasa suasana macam tu. entahlah... mungkin dah nasib aku macam ni agaknya... ada teman lelaki tapi macam takde... nak kena sorok-sorok tapi ada beberapa kawan-kawan aku dah tahu dan ada yang dah nampak... tapi aku masih tak boleh declare... takan aku ni kena jadi kekasih gelap... aku nak juga ada kesudahannya walaupun ada rintangan... dengan bantuan ahli-ahli keluarga aku yang yang lain aku rasa tiada apa-apa masalah yang tak boleh diselesaikan... cuma mungkin dia yang tak yakin ataupun dia tak nak pilih aku... kesiankan kat aku nih tak abis-abis dikecewakan... kalau lah betul dia sayang kat aku dan sanggup terima kau... aku pastikan dia akan dapat layanan seperti raja... tapi dapatkah impian akau jadi kenyataan???

tak nafikan hari-hari memang aku bersedih... sedih...sedih... dan sedihhh...
nampaknye aku je yang akan beriya-iya bertanyakan kat dia... apa aktiviti, dah makan ke belum, buat apa... dia akan cari aku bila dia perlukan aku... macam tu agaknya la kot... entah la...





apa-apa pun aku tetap sayang kat dia...

aku mahu dia...

aku mahu dia... aku mahu dia... aku mahu dia...
kerana aku sayangkan dia, hadirmu beri sinar dalam hidupku...
tidakkah dirimu merasakan begitu juga??? terus teranglah padaku... tolonglah...


Dahaga kasih padamu
Tiada akhirnya
Dalam kepekatan malam
Kaulah bintang
Ku gapai jatuh
Untukmu sentuh
Namun bagiku hadirmu
Seminit menjadi penawar



Saturday, July 2, 2011

Teringin sangat...

ye... aku teringin sangat kalau dia panggil aku sayang. nak dengar sangat-sangat. tapi tak pernah sekali pun. aku juga teringin nak tahu dalaman hatinya bagaimana. aku tak nafikan bahawa setiap hari kerisauan bersarang dalam diriku. tak tahulah bagaimana aku nak hadapi hari-hari yang mendatang. adakah baik untukku ataupun sebaliknya. kadang-kadang juga aku tidak faham kenapa kasih sayang dibalas dengan ketidak jujuran, penipuan, mempermainkan perasaan dan sebagainya. apa yang selama ini aku buat, aku tidak mendapat apa-apa untuk diriku sendiri. memang bukan senang untuk merebut hati seseorang tapi aku sangat sayang, aku kasihkan dia. hancur hati ini kalau dia pergi dariku atau ada yang mahu merampasnya dariku. aku akui, yang merasa bahagia bila dia ada disampingku. mungkin aku banyak kekurangan, tapi kasih sayang aku berlebihan.





sayang... aku amat menyayangimu.