aku tahu... aku tiada di dalam hatimu walau sedikit pun... tapi janganlah kau sengaja sakiti lagi hatiku dengan ayat-ayatmu... kerana segalanya kau yang memulakan dulu... jika sedari awal kau berfikir terlebih dahulu, perkara seumpamanya tidak akan berlaku dan aku mungkin terus menjadi sahabatmu... jangan bandingkan aku dengan dia... kerana aku adalah aku dan dia adalah dia... aku tahu apa keistimewaan yang ada padaku yang kau tidak pernah nampak dan tak pernah untuk mengetahuinya... aku mahu kau tahu cinta memang tak semesti bersatu, dan yang bersatu kadangkala tidak sampai penghujung, yang berkasih boleh berpisah dan yang berkahwin boleh bercerai... adakah kau tidak merasa bersalah langsung atas lakumu itu? kadang-kadang aku rasa menyesal kerana dipertemukan denganmu... kerana hadirmu adalah untuk menyakiti dan melukai hatiku dengan sengaja...
No comments:
Post a Comment