Wednesday, May 4, 2011

Aku Insan Biasa...

2 mei yang lalu aku telah menghantar sms pada joe dan mengajaknya meraikan hari jadi ku dan dia. ya, kami berkongsi tarikh lahir, hari, bulan dan tahun yang sama. joe, seorang insan yang sanggup menungguku selama 6 tahun untuk bersamaku. aku tak pasti kenapa dia sanggup menungguku walaupun dia hampir-hampir mengahwini seorang wanita lain tetapi membatalkan niatnya untuk berbuat begitu. dia pernah berkahwin tetapi jodohnya tak panjang. pengalamannya merasai apa yang aku rasa mungkin membuatkan dia berhati-hati. walaupun joe bukan seorang yang terlalu baik sebelum ini, aku tidak kisah asalkan dia dapat menerima aku seadanya dan yang penting dia tidak berpura-pura dan tidak mainkan perasaanku.

seandainya dia juga melukakan hatiku... sememangnya aku ini akan membenci setiap lelaki dalam dunia ini kerana tidak menghargai kasih sayang seorang wanita.

aku sendiri tidak tahu mengapa orang-orang yang sangat aku sayang, berlalu pergi satu persatu. tapi yang paling aku benci adalah orang yang suka mainkan perasaan orang lain. secara tidak langsung aku juga malu dengan kawan-kawanku kerana seolah-olah aku telah menghampakan mereka yang senang melihat kegembiraanku.

aku mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan joe. aku sudah tidak kisah pada orang yang melukakan hatiku ini. selama mana hatiku terluka aku tak dapat untuk melupakan apa yang dia telah buat padaku.

aku pun tak tahu selama mana kesedihan akan berlalu pergi dariku. aku cuma ingin mencari kebahagiaan. salahkah aku berbuat begitu? dan mengapa ada insan yang mengambil kesempatan sebegitu padaku lalu melukakan hatiku akhirnya.

apa pula perasaa dia jika orang yang betul-betul dia suka, buat perkara yang sama yang dia buat padaku?

No comments: