bila sekali lagi bersua dengannya terasa rindu ini membara. tapi apakan daya hanya mata sahaja yang dapat melepaskan rindu itu. adakah dirimu terasa yang sama. kadang-kadang diriku rasa nak nangis sebab masih teringatkan dirimu. masihkah diriku ini ada peluang untuk menghuni di suatu sudut dalam kamar hatimu?
Monday, May 30, 2011
tak menjadi juga...
aku tak tahu di mana silapnya aku. salahkah bila aku ajak si joe berubah menjadi seorang yang baik. aku tak tahu macamana lagi nak cakap dengan dia. dia selalu ajak aku buat perkara yang tak elok tapi aku menolak. dan menjadi perselisihan faham antara aku dan joe. aku rasa hubungan aku dan joe juga takan menjadi. apa yang aku inginkan ada pada seorang lelaki tapi tidak ada pada joe. joe tak boleh bimbing aku seperti mana yang aku harapkan. entah la... aku pasrah kepada NYA. biarlah DIA yang tentukan apa yang terbaik buat aku. terasa sedih juga, kecewa pun ada. mungkin aku perlu berdiam diri... mungkin juga.
Wednesday, May 4, 2011
Aku Insan Biasa...
2 mei yang lalu aku telah menghantar sms pada joe dan mengajaknya meraikan hari jadi ku dan dia. ya, kami berkongsi tarikh lahir, hari, bulan dan tahun yang sama. joe, seorang insan yang sanggup menungguku selama 6 tahun untuk bersamaku. aku tak pasti kenapa dia sanggup menungguku walaupun dia hampir-hampir mengahwini seorang wanita lain tetapi membatalkan niatnya untuk berbuat begitu. dia pernah berkahwin tetapi jodohnya tak panjang. pengalamannya merasai apa yang aku rasa mungkin membuatkan dia berhati-hati. walaupun joe bukan seorang yang terlalu baik sebelum ini, aku tidak kisah asalkan dia dapat menerima aku seadanya dan yang penting dia tidak berpura-pura dan tidak mainkan perasaanku.
seandainya dia juga melukakan hatiku... sememangnya aku ini akan membenci setiap lelaki dalam dunia ini kerana tidak menghargai kasih sayang seorang wanita.
aku sendiri tidak tahu mengapa orang-orang yang sangat aku sayang, berlalu pergi satu persatu. tapi yang paling aku benci adalah orang yang suka mainkan perasaan orang lain. secara tidak langsung aku juga malu dengan kawan-kawanku kerana seolah-olah aku telah menghampakan mereka yang senang melihat kegembiraanku.
aku mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan joe. aku sudah tidak kisah pada orang yang melukakan hatiku ini. selama mana hatiku terluka aku tak dapat untuk melupakan apa yang dia telah buat padaku.
aku pun tak tahu selama mana kesedihan akan berlalu pergi dariku. aku cuma ingin mencari kebahagiaan. salahkah aku berbuat begitu? dan mengapa ada insan yang mengambil kesempatan sebegitu padaku lalu melukakan hatiku akhirnya.
apa pula perasaa dia jika orang yang betul-betul dia suka, buat perkara yang sama yang dia buat padaku?

Sunday, May 1, 2011
Ayat-Ayat Mu Menyakitkan Hatiku
aku tahu... aku tiada di dalam hatimu walau sedikit pun... tapi janganlah kau sengaja sakiti lagi hatiku dengan ayat-ayatmu... kerana segalanya kau yang memulakan dulu... jika sedari awal kau berfikir terlebih dahulu, perkara seumpamanya tidak akan berlaku dan aku mungkin terus menjadi sahabatmu... jangan bandingkan aku dengan dia... kerana aku adalah aku dan dia adalah dia... aku tahu apa keistimewaan yang ada padaku yang kau tidak pernah nampak dan tak pernah untuk mengetahuinya... aku mahu kau tahu cinta memang tak semesti bersatu, dan yang bersatu kadangkala tidak sampai penghujung, yang berkasih boleh berpisah dan yang berkahwin boleh bercerai... adakah kau tidak merasa bersalah langsung atas lakumu itu? kadang-kadang aku rasa menyesal kerana dipertemukan denganmu... kerana hadirmu adalah untuk menyakiti dan melukai hatiku dengan sengaja...
Subscribe to:
Posts (Atom)