Tuesday, April 26, 2011

aku dikecewakan lagi!

apa yang aku bimbangkan selama ini telah terjadi. memang dia punyai hubungan dengan orang lain dalam masa yang sama jalinkan hubungan denganku. dia sebenarnya tidak jujur langsung dalam perhubungan. jikalau dari awal dia anggap aku seperti kawan biasa, kenapa harus perjalanan seperti pasangan kekasih. kenapa dia membenarkan aku memegang tangannya dan juga membenarkan aku bermanja dengannya. bukankah itu membuatkanku menganggapnya sebagai satu hubungan yang serius. dan sekarang kau sakiti lagi hatiku dengan mempamerkan hubunganmu dengan orang lain. yang mananya kau pernah katakan apa jua hubungan yang dijalinkan tidak dapat diwar-warkan jika tanpa restu ibumu. alasanmu, bukan tidak mahu tapi tidak berani, membuatku menganggapmu sebagai lelaki yang pengecut dan tidak bertanggungjawab sama sekali.

suatu hari nanti aku pasti kau akan terima pembalasan yang lebih sakit dariku, samada sebelum mahupun sesudah kau mendirikan rumah tangga.

No comments: