Monday, April 18, 2011

Adakah seterusnya aku ditemani air mata lagi?


mungkin aku ditakdirkan begini, selalu ditemani air mata, rasa sunyi dan sepi. mungkin aku punyai kekurangan makanya tiada yang nak ambil serius tentang aku. kenapa dia hadir dalam diriku. bukankah bagus kalau dia tidak pernah muncul dalam hidup aku. kenapa pula dia sambut 'sapaanku' dan memberi seolah-olah harapan yang tak mungkin aku kecapi. dan lantaran kemudiannya memberiku suatu rasa yang mengecewakan. aku punya hati dan perasaan, aku bukan seperti anak kucing yang boleh diketepikan pada bila-bila masa. tidak layakkah aku untuk bahagia walaupun untuk sekejap waktu. aku tahu, bahawa tiada sekelumit sayang pun di dalam hatimu untukku. dan mungkin sekarang telah kau temui pilihan hatimu, dan seterusnya membuangku sedikit demi sedikit. aku amat terasa dengan tingkahlakumu itu. sampainya hatimu membuatku begini tanpa belas kasihan. aku sedar siapa diriku yang terkejar-kejar bagaikan orang yang bodoh. dan kau tak pernah perasan pun akan diriku ini.

haruskah aku tutup pintu hatiku ini buat insan yang bernama lelaki?

No comments: