Friday, April 29, 2011

RINDU!

rindu menyerang di setiap penjuru jiwaku. aku rindukan saat-saat bersamamu. aku rindu saat kita berkongsi makan, berkongsi minuman, berpegangan tangan... saat itu aku sungguh merasa bahagia. tapi kau telah menghancurkannya dengan sikapmu yang mengelirukan aku. aku amat menyayangimu, mengapakah kau tidak mencuba untuk membalasnya. tidak layakkah aku untuk berada di suatu sudut dalam hatimu. mengapa kau biarkan aku merinduimu. mengapa?

Ya Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Kau Bukakanlah Pintu Hatinya Untuk Menyayangiku... Amin.

Tuesday, April 26, 2011

aku dikecewakan lagi!

apa yang aku bimbangkan selama ini telah terjadi. memang dia punyai hubungan dengan orang lain dalam masa yang sama jalinkan hubungan denganku. dia sebenarnya tidak jujur langsung dalam perhubungan. jikalau dari awal dia anggap aku seperti kawan biasa, kenapa harus perjalanan seperti pasangan kekasih. kenapa dia membenarkan aku memegang tangannya dan juga membenarkan aku bermanja dengannya. bukankah itu membuatkanku menganggapnya sebagai satu hubungan yang serius. dan sekarang kau sakiti lagi hatiku dengan mempamerkan hubunganmu dengan orang lain. yang mananya kau pernah katakan apa jua hubungan yang dijalinkan tidak dapat diwar-warkan jika tanpa restu ibumu. alasanmu, bukan tidak mahu tapi tidak berani, membuatku menganggapmu sebagai lelaki yang pengecut dan tidak bertanggungjawab sama sekali.

suatu hari nanti aku pasti kau akan terima pembalasan yang lebih sakit dariku, samada sebelum mahupun sesudah kau mendirikan rumah tangga.

Sunday, April 24, 2011

Adakah Dia?

adakah dia betul-betul ikhlas kawan dengan diriku...
kalau ikhlas kenapa hubungan kita tidak diwar-warkan kepada teman-teman yang lain.
seperti pasangan yang lainnya. adakah diriku ini tidak layak dipamerkan di sisimu?
wanita mana yang tak sakit hatinya bila dia tahu orang kesayangannya hanya mahu dilihat bersama wanita lain. adakah dia malu dengan statusku? kalau malu kenapa dari awal dia menerima kehadiranku. kenapa dia tidak tolak saja diriku ini?

dirimu telah melukai hatiku dalam diam.

Monday, April 18, 2011

Adakah seterusnya aku ditemani air mata lagi?


mungkin aku ditakdirkan begini, selalu ditemani air mata, rasa sunyi dan sepi. mungkin aku punyai kekurangan makanya tiada yang nak ambil serius tentang aku. kenapa dia hadir dalam diriku. bukankah bagus kalau dia tidak pernah muncul dalam hidup aku. kenapa pula dia sambut 'sapaanku' dan memberi seolah-olah harapan yang tak mungkin aku kecapi. dan lantaran kemudiannya memberiku suatu rasa yang mengecewakan. aku punya hati dan perasaan, aku bukan seperti anak kucing yang boleh diketepikan pada bila-bila masa. tidak layakkah aku untuk bahagia walaupun untuk sekejap waktu. aku tahu, bahawa tiada sekelumit sayang pun di dalam hatimu untukku. dan mungkin sekarang telah kau temui pilihan hatimu, dan seterusnya membuangku sedikit demi sedikit. aku amat terasa dengan tingkahlakumu itu. sampainya hatimu membuatku begini tanpa belas kasihan. aku sedar siapa diriku yang terkejar-kejar bagaikan orang yang bodoh. dan kau tak pernah perasan pun akan diriku ini.

haruskah aku tutup pintu hatiku ini buat insan yang bernama lelaki?

Monday, April 11, 2011

Bukan Dirimu Yang Salah - Sahrul Gunawan



di saat ku terjaga
kau getarkan diriku
mengapa begitu cepat
kau mengubah hatiku

andai sejak dulu
pasti kita tak begini

bukan dirimu yang salah
bila tak bersatu
terlalu banyak rintang yang menghalangi

namun takkan kuingkari
kaulah yang terindah
meski mungkin hanya angan
yang simpan cinta ini

adakah aku yang ada
menemani mimpimu
bila kau tahu hanya dirimu
di langkah ini

kenapa ini yang terjadi


bukan aku memaksa untuknya menerima aku. tapi salahkah untuk mencuba. kenapa mesti putus asa sebelum berusaha. kenapa baru sekarang dia memberitahu alasan sebenarnya pada ku. kenapa tidak dari mula sebelum perasaan aku mendalam terhadapnya. aku tidak kisah jika di kemudian harinya tidak dapat bersamamu. sekurang-kurangnya aku dapat merasai kasih sayangmu kepadaku dan dapatku jadikan sebuah kenangan yang terindah dalam hidupku meskipun aku tidak dapat untuk memilikimu. aku sangat faham masalah yang dihadapi oleh dirimu itu. memang setiap insan perlu ada pengorbanan dan jika pengorbanan itu akan aku tanggung kemudiannya, aku redha terima kenyataan itu.

sayang... berilah peluang kepadaku, untuk membahagiakanmu walaupun mungkin untuk sekejap waktu...

Saturday, April 9, 2011

curiga

rasa curiga bersarang dalam diri ini. adakah aku ini dipermainkan atau apa. seringkalinya hati ini tersentuh dek ego seorang lelaki yang mungkin tak pernah ingin ada kaitan langsung dalam hidupnya. aku sedar kedudukan aku, cuma melukut ditepian gantang, mengharapkan kasih pada yang tak sudi mungkin. dan kenapa apabila masa untukku diragut sama sekali oleh orang lain.

ada saja yang ingin bersaing untuk merebut hatinya.

Saturday, April 2, 2011

adakah ianya salah faham?

ada kemungkinan dirimu telah salah untuk memahami diriku. diriku ingin bersamamu kerana diriku sayang kepada dirimu. cukup sekadar dirimu membalas perasaanku terhadapmu. tak perlu untuk melakukan sesuatu di luar batasan. tidak layakkah diriku ini untuk dimanja dan disayangi. lebih lagi setelah diriku dilukai. tidak layakkah lagi diriku ini untuk berada di kamar hati seseorang yang bernama lelaki.

setiap malam diriku menangis kerana merindui dirimu. diriku amat menyayangi dirimu.
wahai dirimu tidakkah sayang akan diriku ini?....

Friday, April 1, 2011

Engkaukah???

engkaukah

yang mengupah

sang bayu

membawa suara rindu

berbisik dikeheningan malam

berbicara seribu harapan?


engkaukah yang

menyanyi irama rasa

bercerita bergema

memohon meminta

agar dilagukan bersama?


engkaukah yang meninggal

sehamparan rindu

di luar pintu kalbu?

sehingga mekar mewangi

seluruh taman hati


engkaukah yang mencatat

sekeping nota cinta

dan menyelit di lipatan diari

jiwa?


kini diri semakin teruja

dalam samar meneka

gusar tersilap membaca

isyarat isyarat cinta

kalau benar itulah kamu

akan ku bisikan

jawapan rindu

ketika sampainya waktu !!