Thursday, November 3, 2011

menangis lagi..

semalaman aku menangis lagi. hingga bengkak mata ku. mengenangkan nasib diri ini. sering disakiti oleh orang yang disayangi. tak layakkah aku untuk mendapat sedikit ruang untuk sebuah kebahagiaan. kenapa ada yang cuba merampas kebahagiaan aku. aku juga ingin bahagia, punya keluarga dan anak bersama orang yang sangat aku sayang. tapi dia mengkhianati aku, mempermainkan aku, memperbodohkan aku, mempersendakan aku dan mungkin menjadi ejekan kawan-kawan dia. dia tidak melindungi aku, dia tidak sayang pada aku, dia membiarkan aku disakiti. dia cuma menjaga perasaan dan hati kawan-kawannya dan mungkin semua teman-teman wanitanya tapi tidak aku. apa sebenarnya kesalahan aku. aku cuma menumpang sedikit ruang kasih sayang takkan itu pun terlalu mahal untuk aku. dan aku tak tahu kenapa berat untuk aku melepaskannya, sedangkan aku pernah memohon kepada yang maha Esa satu petunjuk bahawa jika dia bukan untuk aku hilangan ingatan aku kepadanya tapi jika sebaliknya ingatan kepadanya tidak akan hilang. ternyata ingatan aku kepada memang tidak pernah pudar. sungguh hebat dugaan dariNya. kadang-kadang kesabaran aku tersasar, ini juga adalah kerana dia, kerana aku amat menyayangi dia. dan keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam hidup aku, pengalaman bersama lelaki jenis ini. aku bersyukur kerana Allah SWT memberi aku pengalaman sebegini. walaupun ianya terlalu pahit bagiku, aku tahu mungkin ada hikmah disebaliknya...........

No comments: