Sunday, November 13, 2011

remuknya hati ini :'(

alangkah bagusnya kalau dia dapat merasakan apa yang aku rasa. luka yang terlalu dalam, sakit yang teramat sangat. mudahnya dia menganiayai aku dan berlalu begitu saja tanpa rasa bersalah sedikit pun. ye, semuanya berpunca dari dia, memang dari dia. aku kesal bertemu dengan orang seperti ini yang terlalu sombong, tidak menghormati dan menghargai sesuatu. aku pun tak tahu apa kesalahan aku pada dia sampai dia buat aku macam ni. aku buat baik dengan dia tapi ini yang dia balas pada aku. dan teman-temannya menyebelahinya walaupun apa yang dia buat itu salah sebenarnya. aku tak faham dengan manusia-manusia seperti ini, berlagak seperti alim, baik di depan mata tapi hakikatnya dibelakang ada sifat yang tidak baik disembunyikan. ye, aku tahu, aku bukanlah seorang yang baik atau alim tapi aku tak suka untuk menipu dan bermuka-muka. aku lebih suka berterus terang supaya senang difahami bukan berbelit-belit serta berdolak-dalik dengan pelbagai alasan. tapi dia tamak sebenarnya, hakikatnya tidak mungkin tapi dia nak juga dekati aku tapi kemudian melukakan dan mengecewakan aku. kejam! hipokrit! penipu! itu yang sepatutnya gelaran-gelaran diberikan pada dia.

aku membencinya kini. aku mohon Allah SWT membalas perbuatan dia terhadap aku. pada aku kalau boleh dengan izinNya, dia tidak akan mendapat pasangan/teman hidup sampai akhir hayatnya selagi dia tidak menebus kesalahannya terhadap aku.

aku cuma boleh bermohon/berkata, tapi kuasa tetap pada Allah SWT.

Thursday, November 3, 2011

menangis lagi..

semalaman aku menangis lagi. hingga bengkak mata ku. mengenangkan nasib diri ini. sering disakiti oleh orang yang disayangi. tak layakkah aku untuk mendapat sedikit ruang untuk sebuah kebahagiaan. kenapa ada yang cuba merampas kebahagiaan aku. aku juga ingin bahagia, punya keluarga dan anak bersama orang yang sangat aku sayang. tapi dia mengkhianati aku, mempermainkan aku, memperbodohkan aku, mempersendakan aku dan mungkin menjadi ejekan kawan-kawan dia. dia tidak melindungi aku, dia tidak sayang pada aku, dia membiarkan aku disakiti. dia cuma menjaga perasaan dan hati kawan-kawannya dan mungkin semua teman-teman wanitanya tapi tidak aku. apa sebenarnya kesalahan aku. aku cuma menumpang sedikit ruang kasih sayang takkan itu pun terlalu mahal untuk aku. dan aku tak tahu kenapa berat untuk aku melepaskannya, sedangkan aku pernah memohon kepada yang maha Esa satu petunjuk bahawa jika dia bukan untuk aku hilangan ingatan aku kepadanya tapi jika sebaliknya ingatan kepadanya tidak akan hilang. ternyata ingatan aku kepada memang tidak pernah pudar. sungguh hebat dugaan dariNya. kadang-kadang kesabaran aku tersasar, ini juga adalah kerana dia, kerana aku amat menyayangi dia. dan keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam hidup aku, pengalaman bersama lelaki jenis ini. aku bersyukur kerana Allah SWT memberi aku pengalaman sebegini. walaupun ianya terlalu pahit bagiku, aku tahu mungkin ada hikmah disebaliknya...........

dia buat aku terasa lagi...

aku terkilan sangat kenapa dia tak pernah menyebelahi aku tetapi selalu membuat aku terluka dan sakit hati. kini dia tak pernah lagi membuat aku gembira seperti sebelum ini. aku rindukan dia yang dulu, yang selalu buat aku gembira dan bahagia. kenapa dia buat aku begini. aku sakit hati dan marah adalah disebabkan dia. kenapa dia tak sedar dengan keadaan ini. mudahnya dia melupakan saat-saat manis waktu bersama. aku terlalu sedih. :'(