sudah masuk tahun 2011. lama gak la aku tak post apa-apa kat blog nih. semenjak hidup aku jadi serabut gara-gara keruntuhan rumah tangga aku. aku pun tak pasti di mana silap dan puncanya. kalau takat gaduh-gaduh kecik bukan tak boleh diperbaiki. aku mengaku, aku ni bukan lah baik sangat, kadang-kadang ada angin gak. tapi aku hanya manusia biasa, tak lari daripada membuat kesilapan. tapi terasa kecik hati dan kecewa kerana tidak diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan. adakah aku tak layak? besar sangat ke kesalahan aku tu? aku pun kadang-kadang tak faham apa yang berlaku sebenarnya. 7 tahun tu tak cukup ke untuk memahami aku ni siapa?
bermula dari april 2010 hingga kini aku ditinggalkan macam tu je. entah la... 7/3 nih sebutan untuk kes aku nih. ntah macamana aku nak bayangkan pun aku tak tahu. aku pasrah atas apa yang berlaku. nak menangis tak guna, bodohlah aku kalau nak menangis, meratap pasal perkara ni. aku redha, dan akan teruskan hidup aku. tak mahu nak fikirkan hal ni kelak. yang lepas biarlah lepas. yang penting aku perbetulkan diri aku, supaya akan datang aku tidak mengalami seumpamanya.
sunyi? memamg terasa la sangat tapi apa yang aku boleh buat. nak cari pengganti? mungkin belum buat masa ni. rasa cam serik pun ada. tapi entahlah biarlah Allah Ta'ala yang tentukan. layak ke aku dapat yang terbaik? ada ke? hmmm ... entahlah...
No comments:
Post a Comment