pada mulanya aku pon tak sangka nak ditugaskan untuk pilihanraya kecil bukit gantang. ingatkan cuma datang untuk penamaan calon pada 29 mac 2009 je. tup-tup bos kecik kata leh cuti dan bertugas sampai hari mengundi. kalau tau awal memang dah siap bawak baju. kena balik dulu pastu baru datang balik. aku pon pack la baju untuk 9 hari iaitu dari 30 mac hingga 7 april 2009. post aku kat peti undi sungai tinggi. aku dan ayu serta petugas-petugas lain dari umno bahagian ampang stay di hotel lam seng, pantai remis, sebabnya rumah yang kami nak sewa tu kosong tiada kemudahan dan telah lama ditinggalkan kosong serta tidak dibersihkan lebih awal sebelum kami datang. jauh la jugak nak ke tempat bertugas. aku ditugaskan bersama seorang lagi rakan seperjuangan, ayu. selalunya aku kalau turun ke pilihanraya kecil eskot ketua puteri je. tapi kali ni bertugas pulak. kekok gak, bukan tak reti buat keje tapi tak selalu terbiasa. tak macam ayu, dah beberapa kali bertugas pada pilihanraya2 kecil yang lalu. tapi kali ni susah sikit sebabnya tak dapat kerjasama dgn 'bapa angkat' peti undi kawasan situ. ayu pun berkata bergitu, ujarnya dalam tugas-tugas yang lepas dia mendapat kerjasama untuk tugasan BK5 dan ziarah ke rumah-rumah tapi kali ni lain la pulak. hurmmm... apa yang boleh dibuat. gunakan tektik yang ada lah. nasib baik ayu tahu apa nak buat, sebab dia kenal orang-orang tertentu. selain dari itu aku ditugaskan untuk siapkan laporan program dan aktiviti disamping isu-isu berbangkit. tensen gak bila orang tak mau bagi kerjasama dengan kita. nak buat macamana tempat orang la katakan. sabor je la. tapi apa-apa pon ini satu pengalaman yang tak boleh dijual beli, dapat kenal dengan macam-macam orang. ada gak terpikat dgn orang2 kat situ, biasa la hiburan aku bila tensen, cuci mata la beb. tenang gak fikiran hehehehe..... tapi ingat gak kat orang rumah kekekekek...
pengalaman yang tak dapat dijual beli tapi dialami sendiri. tak ternilai.
pengalaman yang tak dapat dijual beli tapi dialami sendiri. tak ternilai.
No comments:
Post a Comment