
Sunday, September 27, 2009
silapnya aku....

Ramadhan dan Syawal
ramadhan kali ini bagi aku macam biasa saje. tapi kali ni aku tak merasa satu pon makanan yg dibeli di bazar ramadhan. ntah la.. kesempitan wang adalah salah satu punca nya. dah 9 bulan aku tak bergaji. jadi apa pon persediaan bulan ramadhan ala kadar je. ada sm pon aku rasa mcm tak ada. dari mana aku nk mula cerita.. ntah sejak akhir2 ini sm aku mcm tak ambil berat pasal aku. apa yg aku nk mkn tak penah dia kisah. aku terkilan sgt masa sebelum ramadhan ari tu, bila mana aku kena demam panas. dia tak kisah lgsung pasal aku. tak de la nak ajak aku pegi ke klinik. aku kecik hati. kalau tak kerana mak paksa aku, aku tak de la nak pegi ke klinik. mak cuma risau takut aku kena h1n1. tapi aku kena virus demam biasa je. alhamdulillah lah. tapi demam aku berlarutan sampai 1 minggu tak keje. lepas selang 1 minggu aku demam balik. badan aku memag lemah langsung. memang terkilan sangat bila sm cam buat tak tau. ntah la.. eh ni dah lari dr kisah ramadhan nih.. hmm tak pe lah.. aku banyk berkongsi cerita dgn adik angkat yg baru beberapa bulan aku knal (adik angkat tu lelaki, blom penah jumpe pon) tak pe identiti dia tepaksa kau rahsiakan, sbb berkaitan dgn keje yg dia buat.. bulan ramadhan selain dr pegi majlis buka puasa, tak de la nak merasa makanan yg gempak2 kat rumah. nasib baik ada mak. mak yg masak. bila aku cuti, aku pulak yg masak. sebelum tu aku ada dgr kabar angin yg sm aku ada org lain. aku tak tau la btul ke tak sbb aku tak nampak. tapi perangai dia memang ada nampak kelainan. bukan je mak pon prasan. mak nak ckp dgn aku dia takut marah. aku pon sebalik nye. jadi aku diam kan aje. bila nak dekat cuti raya, aku sedih bos tak bagi gaji....uuuwwwaaa.. camne nak raya nih... aku cakap dgn mak tahun raya ala kadar je.. tapi mak mintak duit nak beli langsir baru sbb dah bape tahun tak tukar. aku bagi lah berapa yg ada dalam tangan aku. nasib baik baju raya ada, ye kain yg org bagi aku kumpul dari awal tahun adalah dalam 2 pasang, jadi lah daripada tak ada... satu hari bos call (sehari sebelum raya) nak bagi gaji dgn duit raya (sikit je) jadi lah. ingt mlm raya tu nak lah round kat masjid india nk beli apa yg patut, tp sm aku bawak gi chokit..uuuwwwaaa... tak dapat apa yg aku nak beli, tak ada kat, sm aku malas nak bawak gi masjid india sbb jem teruk sbb nye dah jem kat chokit lama gak... balik bawak penat je lah.. lps balik dr chokit aku sambung keje2 kemas rumah sampai jam 5 pagi.. pagi raya.. aku mandi2.. pastu aku tido sbb dah ngantuk, tak de mood nak raya.. adik beradik semua ikut haluan masing2 jadi tak de sapa yg datang pagi raya tu.. oleh kerana aku dan mak keletihan akibat persiapan raya, dah tak de buat apa2 terus je lah sambung ganti tidur, begitu hari seterusnya aku pun tak pegi mana2, bertemankan tv dan notebook kesygn aku nih. sm aku keje petang raya tu. dia pon tak ajak aku kemana2. rumah kakak2 dan abang2 dia pon dia tak pegi. aku ada ajak jugak tp jawabnya tak yah lah. bila sm aku cuti raya keempat pon duduk umah je, cuma mlm tu je pegi tesco beli barang dapur yg dah brape bulan stok abis. aku jugak yg setel, aku minta share dia diam je. aku pon diam je la.. ntah la. semenjak kebelakangan nih aku rasa cam diabaikan je. kdg2 bila sorg2 aku nangis.. sape pon tak tahu.. nak ngadu kat sape pon aku tak tau.. aku ada gak ngadu ngan adik angkat aku tu. tapi cuma lepas beban yg bersarang dalam kepala otak aku nih je. dalam umah tu aku rasa aku pulak yg mcm jadi ketua keluarga kena siapkan semuanya. tak tahu lah aku nak buat mcm mana lagi. aku berserah padaNYA untuk tentu kan semua. aku pasrah. apa pon yg akan berlaku pada masa akan datang aku terima dengn redha tak kira lah baik ke buruk ke.. aku redha.........
Wednesday, August 5, 2009
gerammmm...!!!!
aku tak tahu camne nak cakap lagi. semakin menjadi dengki budak nih. menggunakan ilmu salah untuk kenakan orang. membuat aku sangat membenci pada nya. geram betul.
Thursday, July 23, 2009
tak sangka betul..
aku tak sangka betul orang yg kawan rapat dgn aku mempelajari ilmu utk kena kan org lain. memg terkejut sungguh bila aku dapat tahu. apa yg aku penah sakit kan hati dia, dengki ke apa ke pd dia. tak kan la pulak sbb ramai lelaki leh suka kt aku, dia nk iri hati pulak. memg aku dah kahwin tp salah ke lau aku berkwn. apa kena mengena pulak dgn dia tentang kehidupan aku. aku tak kacau dia pon sape yg dia suka lantak lah. tak kan nak marah kat aku pulak kalau org yg dia suka tu tak suka kat dia tp suka kat aku. bukan boleh nak paksa2 org suka kat kita. aku tak suka la org guna kan ilmu salah utk tarik perhatian org lain. apa salah nya dgn cara semulajadi? aku selalu baik dgn org, tp kenapa org yg aku baik tu buat tak baik di belakang aku. depan aku ckp baik2, belakang aku kutuk macam2. aku tak faham lah dgn org yg macam nih.
Thursday, July 16, 2009
mengapa begitu?
tak tahu bagaimana hendakku nyatakan.. walaupun sukar untukku menerbitkan kasih sayang.. tapi bukan untukku membuangnya.. dalam pada aku ingin menguatkan lagi ikatan.. ada pula yang ingin mengganggu gugat hubungan ku.. dengan cara yang tak elok.. geram pun ada.. aku dapat tahu perkara ini sudah 3 tahun berlaku tanpa aku mengetahuinya.. aku ada juga merasakan perubahan yang tidak ketara.. namun aku tidak memikirnya sangat sehingga aku kenal dengan seseorang ini yang banyak membantu aku membongkarkan skandal ini.. tak tahu apa patut aku lakukan sekarang ini.. hanya menunggu.. apa yang akan berlaku kemudian aku sudah tidak kisah lagi.. kalau rezeki aku ada ianya akan berpanjangan bergitu sebaliknya.. aku sudah bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku..
Tuesday, June 30, 2009
perasaan itu...
aku suka akan perasaan itu
membuat ku rasa bahagia
membuat ku rasa ceria setiap masa
rasa senang dan tenang
rasa sayang dan rindu
aku suka akan perasaan itu
perasaan yang sangat aku perlukan
mengusir rasa sepi
mengusir resah gelisah
mengusir sedih
mengusir kebuntuan yang bersarang di fikiran ku
membuat ku rasa bahagia
membuat ku rasa ceria setiap masa
rasa senang dan tenang
rasa sayang dan rindu
aku suka akan perasaan itu
perasaan yang sangat aku perlukan
mengusir rasa sepi
mengusir resah gelisah
mengusir sedih
mengusir kebuntuan yang bersarang di fikiran ku
Thursday, April 23, 2009
adoi yai
makin aku cuba untuk tidak mendekati nye
makin aku rindu dan sayang kepada nye
rindu dan sayang yang tak mungkin menjadi milik ku abadi
aku tak tahu kenapa aku begini
selama ini aku pun tidak pernah begini
hamun hakikat nye sekarang
aku telah terjebak dan mungkin tak boleh ku undurkan
biar pun tak berbalas tapi tersemat di sanubari ku
siapa lah aku di sisimu
kalau betul sayang kenapa elakkan diri
makin aku rindu dan sayang kepada nye
rindu dan sayang yang tak mungkin menjadi milik ku abadi
aku tak tahu kenapa aku begini
selama ini aku pun tidak pernah begini
hamun hakikat nye sekarang
aku telah terjebak dan mungkin tak boleh ku undurkan
biar pun tak berbalas tapi tersemat di sanubari ku
siapa lah aku di sisimu
kalau betul sayang kenapa elakkan diri
Wednesday, April 22, 2009
hatiku menangis
hatiku menangis
kerana aku tidak bisa menahan
apa yang aku rasakan
perasaan ini
bila mana ku rasa terluka
sakit di dalam ini
tak dapat nak ku gambarkan
luka keciwa
siapa yang bisa menyembuhkan
kenapa aku diperlakukan sebegitu
hatiku menangis
aku juga menangis
kerana tak bisa ku
untuk menahan kerinduan
yang tiada penentu
aku bingung
siapakah aku di sisimu
mengapakah kita bertemu
jika hanya membuat
hatiku menangis
kerana aku tidak bisa menahan
apa yang aku rasakan
perasaan ini
bila mana ku rasa terluka
sakit di dalam ini
tak dapat nak ku gambarkan
luka keciwa
siapa yang bisa menyembuhkan
kenapa aku diperlakukan sebegitu
hatiku menangis
aku juga menangis
kerana tak bisa ku
untuk menahan kerinduan
yang tiada penentu
aku bingung
siapakah aku di sisimu
mengapakah kita bertemu
jika hanya membuat
hatiku menangis
Friday, April 17, 2009
jiwaku kelam kabut lagik!!!

kacau...kacau.... jiwa aku dikacau lagi... uh!... bayangnya terus menggangguku... aku diburu rindu yang tak terkira... resah... gelisah... menanti mata bertentang mata... di manakah gerangannya... adakah dia merasai apa yang kurasa... walau bukan milikku... cukup sekadar setitis kasih sayang... dapat kurasai... sayang.... aku rindu padamu...
Monday, April 13, 2009
pengalaman bertugas di bukit gantang, perak
pada mulanya aku pon tak sangka nak ditugaskan untuk pilihanraya kecil bukit gantang. ingatkan cuma datang untuk penamaan calon pada 29 mac 2009 je. tup-tup bos kecik kata leh cuti dan bertugas sampai hari mengundi. kalau tau awal memang dah siap bawak baju. kena balik dulu pastu baru datang balik. aku pon pack la baju untuk 9 hari iaitu dari 30 mac hingga 7 april 2009. post aku kat peti undi sungai tinggi. aku dan ayu serta petugas-petugas lain dari umno bahagian ampang stay di hotel lam seng, pantai remis, sebabnya rumah yang kami nak sewa tu kosong tiada kemudahan dan telah lama ditinggalkan kosong serta tidak dibersihkan lebih awal sebelum kami datang. jauh la jugak nak ke tempat bertugas. aku ditugaskan bersama seorang lagi rakan seperjuangan, ayu. selalunya aku kalau turun ke pilihanraya kecil eskot ketua puteri je. tapi kali ni bertugas pulak. kekok gak, bukan tak reti buat keje tapi tak selalu terbiasa. tak macam ayu, dah beberapa kali bertugas pada pilihanraya2 kecil yang lalu. tapi kali ni susah sikit sebabnya tak dapat kerjasama dgn 'bapa angkat' peti undi kawasan situ. ayu pun berkata bergitu, ujarnya dalam tugas-tugas yang lepas dia mendapat kerjasama untuk tugasan BK5 dan ziarah ke rumah-rumah tapi kali ni lain la pulak. hurmmm... apa yang boleh dibuat. gunakan tektik yang ada lah. nasib baik ayu tahu apa nak buat, sebab dia kenal orang-orang tertentu. selain dari itu aku ditugaskan untuk siapkan laporan program dan aktiviti disamping isu-isu berbangkit. tensen gak bila orang tak mau bagi kerjasama dengan kita. nak buat macamana tempat orang la katakan. sabor je la. tapi apa-apa pon ini satu pengalaman yang tak boleh dijual beli, dapat kenal dengan macam-macam orang. ada gak terpikat dgn orang2 kat situ, biasa la hiburan aku bila tensen, cuci mata la beb. tenang gak fikiran hehehehe..... tapi ingat gak kat orang rumah kekekekek...
pengalaman yang tak dapat dijual beli tapi dialami sendiri. tak ternilai.
pengalaman yang tak dapat dijual beli tapi dialami sendiri. tak ternilai.
lama tak nulis
adehhh... dekat tiga bulan dah aku tak nulis nih...
tapi tak kesah la... boleh je masukkan apa2 citer...
yang penting peristiwa direkodkan...
kesah apa pon takpe... janji ada...
apa yang penting... ada bahan..hehehehe
tapi tak kesah la... boleh je masukkan apa2 citer...
yang penting peristiwa direkodkan...
kesah apa pon takpe... janji ada...
apa yang penting... ada bahan..hehehehe
Wednesday, January 21, 2009
rindu berbunga lagi
aku tak sangka kedatangan aku ke kuala terengganu dapat melepaskan rinduku pada seseorang yang pernah aku cintai... walaupun tak lama sangat tapi boleh la... walaupun keadaan fizikal dia tak macam dulu, maksud aku sekarang dia dah gebu, hehehe.... aku pun apa kurangnya... apa-apa pun dia masih di hatiku, memang tersemat disatu sudut dalam hatiku... bukan aku tak sayang dengan orang rumah aku tu, tapi... satu perasaan yang betul-betul membuat aku syahdu bila mengingat kembali kisah dulu, walaupun aku dan dia tak pernah keluar bersama dan tak pernah meluahkan perasaan pada awalnya kerana masing-masing menyembunyikan perasaan masing-masing... kalau dia berterus terang awal-awal dulu... ah! takan aku pulak nak mulakan dulu, macam perigi cari timba la pulak nanti... aku tahu zaman ini tak macam zaman dulu... ntah la.. dia tahu aku sayangkan dia... cinta tak semestinya bersatu kan... cukup sekadar bersatu dalam perasaan...
Sunday, January 11, 2009
nak buat apa eakkk?
dah masuk tahun 2009... hurmmm aku tak tau nak buat apa... tapi dalam kepala aku memikirkan camne nak tambah pendapatan... tapi tak tau lah camne cara... ntah la... nak kena cari idea2 yang bernas nih... permulaan tahun 2009 nih pun x berapa baik sangat... tak pe lah... aku akan berusaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)