saya diajak oleh adik angkat saya untuk turut serta dalam majlis hari keluarga bagi staff hotel hilton kuala lumpur (kl central) di cosmo's world theme park, berjaya times square. meriah juga tempat ini, memang sesuai untuk huburan sekeluarga. macam-macam permainan ada. mula-mula saya rasa seram nak main sebab saya memang fobia dengan kelajuan dan gayat dengan tempat tinggi. mula saya cuma memerhatikan sahaja. tapi selepas itu adik angkat saya ajak juga saya main permainan-permainan tersebut iaitu ooort's express (yang macam payung, tapi berpusing laju), lepas tu naik spinning orbit (yang naik tinggi ke atas sambil berputar) dan supersonic odyssey (lau nama biasanya roller coaster la). itulah pengalaman pertama saya naik roller coaster tu. tak tahu nak cakap macamana lah. nasib baik jantung tak berdebar kencang. ada banyak lagi permainan yang ada di situ, tak larat rasanya nak naik semua. sakit-sakit juga badan dibuatnya. kalau nak tahu cubalah sendiri. pengalaman yang tak boleh dibeli.
No comments:
Post a Comment