.jpg)
isnin 24/3/08 saya dikejutkan oleh kawan sekolah saya yang selalu online kat YM, azlina ramli, dia mengatakan bahawa ada kawan sekolah (last jumpa masa form 3 tahun 1988) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi sabtu 22/3/08. saya, ina dan seorang lagi kawan sekolah, rosalinda salim, telah pergi melawat keluarga allahyarhamah di nilai, negeri sembilan semalam (25/3/08). zalifah abraham, allahyarhamah meninggal dunia serta merta di tempat kejadian dan meninggalkan 2 orang anak yang berumur 11 dan 7 tahun. menurut keluarga allahyarhamah, kemalang tersebut membabitkan kereta dan lori. ina beritahu saya, ina memang ingin mencari dan menjejak semula kawan-kawan sekolah yang bersekolah di slim river pada tahun 1988 (masa tu nama sekolah ialah, sekolah menengah jenis kebangsaan slim river, perak). allahyarhamah adalah salah seorang yang dicari tetapi tidak sempat untuk berjumpa. walaupun saya tak berapa rapat dengan allahyarhamah, tetapi saya memang kenal dan masih ingat akan dia. al-fatihah....
2 comments:
Salam...saudari Nisa. Saya terbaca posting saudari pagi ini tentang arwah zaliffah. Saya terharu membacanya. Saya adalah suami kepada arwah. Saya kira saudari dan beberapa rakan lain mungkin terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan arwah semasa arwah hidup. Namun segalanya adalah ketentuan Ilahi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari dan kawan-kawan yang datang berziarah tempuh hari ke rumah kami di Nilai, N.Sembilan. Untuk tatapan saudari boleh layari laman blog yang khusus saya titipkan buat arwah yang saya kasihi dan cintai semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Alamat blog tersebut ialah:
http://zaliffah.blogspot.com/
kalau perlukan maklumat lanjut boleh hubungi saya di ramlan2000@yahoo.com
TQ.
Ni cikgu zaliffah yg pnh mgajar kt skolah kbgsaan btg bnar kep
Post a Comment