.jpg)
isnin 24/3/08 saya dikejutkan oleh kawan sekolah saya yang selalu online kat YM, azlina ramli, dia mengatakan bahawa ada kawan sekolah (last jumpa masa form 3 tahun 1988) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi sabtu 22/3/08. saya, ina dan seorang lagi kawan sekolah, rosalinda salim, telah pergi melawat keluarga allahyarhamah di nilai, negeri sembilan semalam (25/3/08). zalifah abraham, allahyarhamah meninggal dunia serta merta di tempat kejadian dan meninggalkan 2 orang anak yang berumur 11 dan 7 tahun. menurut keluarga allahyarhamah, kemalang tersebut membabitkan kereta dan lori. ina beritahu saya, ina memang ingin mencari dan menjejak semula kawan-kawan sekolah yang bersekolah di slim river pada tahun 1988 (masa tu nama sekolah ialah, sekolah menengah jenis kebangsaan slim river, perak). allahyarhamah adalah salah seorang yang dicari tetapi tidak sempat untuk berjumpa. walaupun saya tak berapa rapat dengan allahyarhamah, tetapi saya memang kenal dan masih ingat akan dia. al-fatihah....