Sunday, November 13, 2011

remuknya hati ini :'(

alangkah bagusnya kalau dia dapat merasakan apa yang aku rasa. luka yang terlalu dalam, sakit yang teramat sangat. mudahnya dia menganiayai aku dan berlalu begitu saja tanpa rasa bersalah sedikit pun. ye, semuanya berpunca dari dia, memang dari dia. aku kesal bertemu dengan orang seperti ini yang terlalu sombong, tidak menghormati dan menghargai sesuatu. aku pun tak tahu apa kesalahan aku pada dia sampai dia buat aku macam ni. aku buat baik dengan dia tapi ini yang dia balas pada aku. dan teman-temannya menyebelahinya walaupun apa yang dia buat itu salah sebenarnya. aku tak faham dengan manusia-manusia seperti ini, berlagak seperti alim, baik di depan mata tapi hakikatnya dibelakang ada sifat yang tidak baik disembunyikan. ye, aku tahu, aku bukanlah seorang yang baik atau alim tapi aku tak suka untuk menipu dan bermuka-muka. aku lebih suka berterus terang supaya senang difahami bukan berbelit-belit serta berdolak-dalik dengan pelbagai alasan. tapi dia tamak sebenarnya, hakikatnya tidak mungkin tapi dia nak juga dekati aku tapi kemudian melukakan dan mengecewakan aku. kejam! hipokrit! penipu! itu yang sepatutnya gelaran-gelaran diberikan pada dia.

aku membencinya kini. aku mohon Allah SWT membalas perbuatan dia terhadap aku. pada aku kalau boleh dengan izinNya, dia tidak akan mendapat pasangan/teman hidup sampai akhir hayatnya selagi dia tidak menebus kesalahannya terhadap aku.

aku cuma boleh bermohon/berkata, tapi kuasa tetap pada Allah SWT.

Thursday, November 3, 2011

menangis lagi..

semalaman aku menangis lagi. hingga bengkak mata ku. mengenangkan nasib diri ini. sering disakiti oleh orang yang disayangi. tak layakkah aku untuk mendapat sedikit ruang untuk sebuah kebahagiaan. kenapa ada yang cuba merampas kebahagiaan aku. aku juga ingin bahagia, punya keluarga dan anak bersama orang yang sangat aku sayang. tapi dia mengkhianati aku, mempermainkan aku, memperbodohkan aku, mempersendakan aku dan mungkin menjadi ejekan kawan-kawan dia. dia tidak melindungi aku, dia tidak sayang pada aku, dia membiarkan aku disakiti. dia cuma menjaga perasaan dan hati kawan-kawannya dan mungkin semua teman-teman wanitanya tapi tidak aku. apa sebenarnya kesalahan aku. aku cuma menumpang sedikit ruang kasih sayang takkan itu pun terlalu mahal untuk aku. dan aku tak tahu kenapa berat untuk aku melepaskannya, sedangkan aku pernah memohon kepada yang maha Esa satu petunjuk bahawa jika dia bukan untuk aku hilangan ingatan aku kepadanya tapi jika sebaliknya ingatan kepadanya tidak akan hilang. ternyata ingatan aku kepada memang tidak pernah pudar. sungguh hebat dugaan dariNya. kadang-kadang kesabaran aku tersasar, ini juga adalah kerana dia, kerana aku amat menyayangi dia. dan keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam hidup aku, pengalaman bersama lelaki jenis ini. aku bersyukur kerana Allah SWT memberi aku pengalaman sebegini. walaupun ianya terlalu pahit bagiku, aku tahu mungkin ada hikmah disebaliknya...........

dia buat aku terasa lagi...

aku terkilan sangat kenapa dia tak pernah menyebelahi aku tetapi selalu membuat aku terluka dan sakit hati. kini dia tak pernah lagi membuat aku gembira seperti sebelum ini. aku rindukan dia yang dulu, yang selalu buat aku gembira dan bahagia. kenapa dia buat aku begini. aku sakit hati dan marah adalah disebabkan dia. kenapa dia tak sedar dengan keadaan ini. mudahnya dia melupakan saat-saat manis waktu bersama. aku terlalu sedih. :'(



Monday, October 31, 2011

ada saja yang tak senang hati ...

aku tak faham la. kenapa da saja apa yang aku nak buat ada saja yang tak senang hati. aku mesra dengan orang yang aku sayang, ada orang tak senang malah cuba nak rampas kebahagiaan aku dengan orang yang aku sayang. aku tak buat salah pun pd mereka. kadang bila aku tanya dengan baik-baik tapi tak dijawab. malah lagi sakitkan hati aku. bagi setiap apa jua soalan mesti dijawab walaupun sepatah perkataan.

dan lagi ni... yang suka bermuka-muka (hipokrit). dah tak leh anggap jd kawan dah. pentingkan diri sendiri? aishh! agenda tu tak lari. diberi jawatan tp bangang tak reti apa skop tugas. orang bodoh sombong mana nak bertanya, cuma boleh berlagak pandai aje. kemudian nak lepas tangan atas tugasan yg diberi. menyusahkan je orang macam nih... geramm tul..

kenapa semua org pentingkan diri sendiri???
cuma aku je yang bodoh masih ambil berat pada orang yang aku sayang... tapi dia langsung tak menghargai aku, dia boleh layan orang lain tapi aku dibiarkan sepi.

pintu dibuka luas utk aku pada mulanya, dia layan aku hingga aku betul-betul sayang, lepas tu dia lukakan hati dan perasaan aku tanpa belas kasihan. walau apa yang dia buat pada aku, aku tetap setia dan sayang pada dia. kasih, sayang dan kesetiaan aku tidak boleh diukur dengan wang, harta dan kebendaan kerana aku ikhlas... :'(

Sunday, October 16, 2011

niat aku sebenarnya...

ye memang niat aku untuk bersamanya. harungi perjalanan hidup bersama, susah atau senang. banyak perancangan aku nak buat bersama dia. buat bisnes, bina karier dan sebaginya. tapi...... tak kesampaian nampaknya. dia lebih mementingkan dirinya sendiri. bagi aku apa pun rezeki atau peluang yang aku dapat, aku nak juga kongsi dengan dia. niat aku sebenarnya baik terhadap dia, tapi dia tak terima apa yang Allah sbt ta'ala rancangkan untuk dia... dia menolak sebenarnya. dia tak mahu terima aku seadanya yang menyayangi dia setiap masa walau apa pun keadaannya sekali. aku sanggup buat apa saja untuk dia kalau dia hargai aku. tapi apakan daya...

aku tahu... aku ni tak pandai, belajar pun tak tinggi tapi aku juga manusia punyai hati dan perasaan. siapa yang tak mahu untuk menambah ilmu, cuma aku tak dapat peluang untuk itu. walaupun tak berkemampuan untuk belajar tinggi tapi aku cari juga ilmu dengan apa cara sekali pun. yee.. lah..mungkin aku ni kurang cantik, umur pun dah banyak mungkin itu yang sedar bahawa aku tak layak untuk nya tetapi kenapa setelah dia buka ruang untuk aku menyayangi dia, kenapa dia buat begitu? aku terlalu sedih bila mengingatkan itu. namum aku masih lagi beri dia peluang... tapi ntah lah samada dia......

aku tak pernah jadi seperti ini. tak tahu kenapa naluri aku kuat terhadap dia. maaflah kalau sms yang aku hantar tu semacam menakutkan saja. sebenarnya tiada niat apa-apa pun cuma salah satu gurauan kasar aku bila aku marah.

Alhamdulillah jika diizinkan Allah sbt, mungkin rezeki akan masuk walaupun makan masa. tapi terkilan kerana aku tak dapat nak kongsi bersama dia. kerana dia menjauhi aku........ sediha aku rasa... :'(

Saturday, October 15, 2011

rindu tapi...

berada di tempat yang sama. nak pandang takut aku menangis. tapi aku rindu, rindu sangat-sangat. cuma boleh rindu tapi tak boleh nak pandang dan tak boleh nak dekat apa lagi nak tegur. nak risik-risik tanya pun alahaiii... ntah lah... teringat kembalai saat mesra itu namun cuma boleh diingat mungkin tak dapat dilalui lagi. apa agaknya yang dia fikirkan? tidakkah dia rasa apa-apa?

cuma boleh biarkan macam tu je lah, nak buat macam mana lagi.... aku tunggu jugak dia nak tegur aku tapi hampa...









Wednesday, October 12, 2011

tak mengapalah

mereka mungkin gelakkan aku. dan kata aku macam-macam, dahaga kasih sayanglah, mentallah da sebagainya. mereka tak berada ditempat aku. cuba kalau mereka rasa, seorang lelaki yang buka ruang untuk mereka sayangi, kemudian selalu keluar sama, siap belai rambut, kucup kepala, peluk bahu dan kemudian ringan-ringan. bila dah mesra dah sayang, dan selali ambil berat, tiba lelaki itu rasa bosan kononnya dikongkong, kemudian tolak kita ketepi. lepas tu baru kata tak sesuai, tak hancur hati bila ditolak bagai membuang sampah. menguji sambil ambil kesempatan. lelaki apa yang patut kita panggil. mentang-mentang lelaki tu kawan mereka, mereka menangkan dia dan sanggup tengok kaum sejenis terkena. tapi takpelah suatu hari nanati bila kena kat mereka barulah mereka rasa. sekuat mana pun iman, dan selalu jaga diri dari perkara-perkara larang tapi janganlah mengejek orang yang dah terkena. nanti terkena pada diri sendiri.