Friday, May 9, 2008

macam-macam peristiwa...!!

2 mei yang lalu... hari ulang tahun kelahiran saya. tiada apa yang istimewa sangat. cuma saya berkongsi hari ulang tahun kelahiran dengan dua orang kawan di laman myspace, arshad (saya panggil dia daddy) dan joe. saya memang tak sangka langsung dapat kenal dengan dua orang yang lahir pada hari yang sama dan tahun yang sama juga. cuma mungkin masa kelahiran je yang lain. selain itu saya terima ucapan2 selamat hari jadi dari teman2 yang lain. adalah seorang yang bagi hadiah itu kerana saya ada beri hadiah kepadanya. hurmmm saya pon tak kisah sangat kalau orang lain beri ucapan selamat tapi.... orang tersayang tak reti pula nak ucap2 macam tu dan tak reti nak sambut hari ulang tahun kelahiran sebab mungkin masa zaman kanak2 dia dulu tak pernah sambut. tak kesahlah tu.... saya tak apa-apa....







mamat poyo, joe





daddy

macam-macam perasaan 7


alhamdulillah... saya dapat menghindari perasaan2 yang bukan2 yang melanda dalam diri ini. yang pasti niat saya hanya untuk berkawan, bersahabat tidak lebih dari itu. namun bergitu, ada juga yang salah anggap niat saya. kadang2 kita tidak menyedari apa yang kita buat itu mungkin menjadi kesalahan.


biarlah perkara ini menjadi pengajaran buat diri sendiri dan merupakan ujian untuk mengawal diri. kasih, sayang dan cinta pada keluarga, cuma sayang buat kawan2.