
aku tak tahu apa perasaan ini, kenapa aku jatuh sayang pada orang yang aku tidak kenal sama sekali hanya kerana dengan kata-katanya yang menarik perhatian aku, aku jadi seperti seorang yang dihargai sebagai seorang wanita. aku akui, sekarang ni aku rasa kekosongan walaupun saya sudah dimiliki oleh seorang insan. insan yang sememangnya berhak ke atas diri aku. entah la.. aku bukan rasa menyesal atas apa yang aku ada dan atas apa keputusan yang telah aku buat. tapi kadang-kadang kita bertindak di luar kemahuan kita sendiri atas sebab-sebab tertentu. dan aku adalah insan yang terperangkap dalam situasi ini.
aku terperangkap dengan kasih sayang seseorang yang aku tidak kenali, tidak pernah pun bersua, cuma pernah mendengar suaranya saja. tapi rasa kasih dan sayangnya, aku dapat merasainya walaupun tidak pernah mendekatinya. memang persoalan selalu timbul dalam perasaan ini kerana ingin tahu siapakah gerangan insan itu yang membuat hidup saya sedikit terganggu. entah nak aku apakan perasaaan ini dan insan ini. aku akan tunggu saat untuk bersua dengan insan misteri ini. aku mesti menghadapinya.
walau bagaimanapun, saya hargai kasih sayang dari orang yang menyayangi saya. tak kira samada orang memiliki saya, kawan-kawan dan orang-orang yang menyayangi saya dengan tidak sengaja.
sayang itu adalah milik semua!!!